TAZKIRAH SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1446H
Majlis tazkirah sempena menyambut Hari Raya Aidiladha telah diadakan pada 10 Jun 2025 (Selasa) bersamaan 13 Zulhijjah 1446H bertempat di Bilik Mesyuarat Unit Audit Dalam. Tazkirah ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Unit Audit Dalam UKM sebagai salah satu aktiviti di bawah exco kerohanian.
Tazkirah ini telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Muhammad Nazir (Fakulti Pengajian Islam UKM) dengan tajuk tazkirah iaitu ‘Rahsia Disebalik Ibadah Qurban’. Aktiviti ini melibatkan kakitangan di Unit Audit Dalam dan kakitangan daripada Pejabat Institut Kajian Etnik (KITA).
Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam dan kakitangan KITA yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti ini.