
Alhamdulillah, Ahli Projek Penyelidikan (UKM-TR2023-03) dengan kerjasama Institut Islam Hadhari, UKM, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Penjara Malaysia serta Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat telah berjaya menganjurkan FORUM ANDA INSAF KAMI ENDAH pada 27 Feb 2025 bertempat di DK Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh berhadapan bangunan Institut Islam Hadhari, UKM.
.
Objektif forum ini diadakan salah satunya ialah untuk mendapatkan gambaran program-program keagamaan yang dilaksanakan di penjara serta pandangan daripada pihak yang berkepentingan dalam urusan agama tempatan seperti pihak berkuasa agama dan pentadbir institusi agama (masjid dan surau). Semoga dengan adanye penyelidikan sebegini ia mampu meningkatkan lagi perkongsian dapatan penyelidikan UKM berkaitan program keagamaan di penjara terhadap masyarakat.
.
Ahli Panel terdiri daripada:
KIP Aminur Bin Ahmad Radzi; Pegawai BAKA IPPM, Jabatan Penjara Malaysia
Ustaz Mohd Anas bin Abdullah; Da’ie MUIP
Dr. Hj. Shamsul Azhar bin Yahya; Penyelidik projek UKM-TR2023-03 dan YAPEIM
dan Moderator:
Ustaz Mohd Ikhwan bin Ismail; Felo Penyelidik Institut Islam Hadhari, UKM.
.
Ahli kumpulan penyelidikan terdiri daripada:
(Ketua) Dr Muhammad Hilmi Jalil; Felo Penyelidik Institut Islam Hadhari UKM
Dr. Norshariani Abdul Rahman; Felo Penyelidik Institut Islam Hadhari UKM
Dr. Nur Hafizah Yusoff; Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran (Seeds),
Program Antropologi & Program Sosiologi, FSSK UKM
Dr. Rosfizah Md Taib; Fakulti Pengurusan & Ekonomi, UPSI
Dr. Shamsul Azhar Yahya; Ketua Seksyen Kepimpinan Pemikiran, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
Dr. Mohd Irfan Mohd Terin; RA di Institut Islam Hadhari UKM
Ustaz Mohammad Ikhwan Ismail; Felo Penyelidik Institut Islam Hadhari, UKM
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Facebook https://bit.ly/Hadhari ,
Instagram https://bit.ly/instagramhadhari dan
Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari
.
MUAT TURUN SLAID DI SINI