Institute of Malaysian and International Studies

INSTITUTE OF MALAYSIAN AND INTERNATIONAL STUDIES

KUNJUNGAN HORMAT KEDUTAAN BRAZIL KE IKMAS, UKM

BANGI, 13 Februari 2026 – Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh menerima kunjungan hormat daripada H.E. Daniella Ortega de Paiva Menezes, Duta Besar Kedutaan Brazil ke Malaysia di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM bagi membincangkan strategi meneruskan kerjasama antara UKM dan Brazil.

Delegasi ini turut disertai oleh Felipe Salgueiro Lermen, Counsellor Kedutaan Besar Brazil ke Malaysia.
Pada sesi pertemuan itu juga turut dibincangkan mengenai prospek mobiliti pelajar dan potensi pertukaran tenaga pakar dalam bidang penyelidikan antara UKM dengan universiti-universiti di Brazil.

Turut hadir adalah Prof. Madya. Dr. Akmal Sabarudin, Pengarah Pusat Hubungan Antarabangsa (UKM Global) dan Prof. Madya Dr. Azianura Hani Shaari Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM).
YBhg. Prof. mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke UKM dan berharap agar prospek kerjasama dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi manfaat kedua-dua pihak.

Gambar: Shidan, PKK