Kursus Profesional Responsible Business and Investment: ESG Sustainability Practitioner

IKMAS menganjurkan kursus Sijil Profesional Responsible Business and Investment: ESG Sustainability Practitioner, bermula 17hb Februari sehngga 20hb Februari 2025 di Bilik Mesyuarat Keledang, UKMPakarunding. Kursus ini dihadiri oleh 10 peserta yang datang dari pelbagai latar belakang, termasuk wakil daripada CIMB, Malaysian Timber Certification Council (MTCC), EMS Progress Sdn. Bhd., serta beberapa syarikat swasta lain. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran peserta dalam mengimplementasikan amalan kelestarian ESG (Environmental, Social, and Governance) dalam operasi perniagaan dan pelaburan.