Tahniah IKMAS, Penerima Anugerah Institut Cemerlang MyRA® UKM Kali Ke-5

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para pemenang Anugerah Kecemerlangan MyRA® UKM Kali Ke-5 atas pencapaian cemerlang dan sumbangan bermakna dalam Bidang Sains Sosial. Kejayaan ini menjadi bukti komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang berterusan.

Untuk Kategori Profesor
Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Sufian Jusoh atas penganugerahan Pendanaan Anugerah Kecemerlangan MyRA® UKM Kali Ke-5 (Kategori Profesor). Kejayaan ini mencerminkan kepimpinan akademik dan sumbangan signifikan kepada pembangunan ilmu dan jaringan antarabangsa.


Untuk Kategori Pensyarah
Tahniah diucapkan kepada Dr. Muhamad Azwan Abd Rahman atas kejayaan menerima Pendanaan Anugerah Kecemerlangan MyRA® UKM Kali Ke-5 (Kategori Pensyarah). Semoga pencapaian ini terus menyuntik semangat kecemerlangan dalam penyelidikan dan khidmat akademik.


Untuk Anugerah Institut Cemerlang
Syabas dan tahniah kepada Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) atas kejayaan merangkul Anugerah Institut Cemerlang (Jaringan & Jangkauan), Bidang Sains Sosial. Semoga kecemerlangan ini terus diperkasakan demi mengharumkan nama UKM di peringkat nasional dan antarabangsa.