Merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarahan yang toksik atau radioaktif dalam atmosfera. Bila memfokus kepada kigiatan indusrti secara jelas kita dapat perhatikan pelepasan asap2 kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong-cerobong asap kilang. Asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi antaranya PM10, CO, Nitrogen Oksida dan sebagainya yang mana ia merupakan penyebab kepada punca utama penipisan ozon. Selain itu bahan2 pencemar yang dilepaskan ke udara ini juga akan mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada alam sekitar seperti penyumbang kepada hujan asid, pemanasan bumi dan juga jerebu.

dihasilkan oleh pembakaran yang tidak sempurna, konsentrasi CO lebih dari 32 ppm (parts per million, bagian per juta) dapat mengganggu pernapasan

dihasilkan oleh pembakaran BBM, hasil fermentasi letusan vulkanik, pernapasan makhluk hidup

berasal dari pembakaran kendaraan bermotor dan industri pembangkit listrik

bersifat beracun dan katalis pembangkit kabut

Pencemaran udara yang telah dikesan sejak bermulanya Revolusi Perindustrian di Great Britain . Sejak itu , kes-kes pencemaran udara yang serious telah berlaku . Sebagai contoh , di London pada 1950-an , kabut akibat pencemaran udara telah meragut lebih daripada 4,000 orang .

 Hujan asid telah dikenal pasti sebagai satu kesan yang memudaratkan . Sulfur dioksida merupakan punca hujan asid . Sebenarnya , sulfur dioksida ini juga dihasilkan oleh kejadian semulajadi iaitu oleh letupan gunung berapi . Tetepi , hanya 10% sahaja terhasil apabila letupan gunung berapi , 90% yang lain adalah dihasilkan oleh kegiatan manusia . Antara kesan daripada hujan asid ialah menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan . Tasik yang terlalu berasid tidak sesuai lagi untuk hidupan . Sebagai contoh , banyak tasik di Sweden adalah terlalu berasid dan tidak mempunyai hidapan dalamnya . Bangunan juga terhakis akibat hujan asid .

Selain itu , kesan rumah hijau juga merupakan kesan pencemaran udara  Penghasilan karbon dioksida oleh kilang-kilang secara berlabihan merupakan punca kesan rumah hijau . Gas yang lain seperti metana , CFC dan nitrus oksida merupakan punca yang lain . Kesan rumah hijau merupakan pemanasan bumi yang tidak terkawal .

Kesan rumah hijau boleh mengakibatkan kejadian yang lain . Kenaikan suhu telah mengakibatkan ketulan-ketulan ais di Artik dan Antartik mencair . Paras air laut akan semakin menaik dan membanjiri kawasan-kawasan yang rendah . Ini menyebabkan penduduk kawasan tersebut terpaksa berpindah dan kegiatan ekonomi mereka sudah tentu terganggu .

 Selain itu , pencemaran udara juga menjejaskan kesihatan manusia . Bahan-bahan pencemar di udara akan menyebabkan gangguan penafasan manusia serta penyakit-penyakit peparu seperti barah .

                                                                                                                                                                    

Keluar 

 

 

 Analisis 
Kajian Jerebu