• Utama
  • Berita
    • Art Life Islamic Festival
    • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
    • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
    • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
    • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
    • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
    • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
    • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
    • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
    • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
    • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
    • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
    • YES atau UKM JARING
  • Rencana
    • Bakat atau Rupa Paras
    • Fixie
    • Isu Pembantu Rumah
    • Kenali Produk Kesihatan
    • Kereta Pilihan Pelajar
    • Pelajar dan Laman Sosial
    • Penyakit dan Alam Mistik
    • Pilihan Raya Umum
    • Tahun Melawat Perak
    • Trend Penghijrahan Artis
    • Trend Tudung Masa Kini
    • Universiti Pilihan Anda
  • Iklan
    • Kadlawo.com
    • Senirekastudio.com
  • Restoran
    • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
  • Muzik
    • Muzik Malaysia>
      • Muzik Melayu
      • Muzik Cina
      • Muzik India
  • Arkib
    • Editorial>
      • Edisi 1
      • Edisi 2
      • Edisi 3
    • Berita>
      • Edisi 1>
        • Perasmian PERMATApintar oleh PM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
        • KAPREZA ’12 (Karnival Premier Za’ba)
        • Tesis Masih Diperlukan
        • Program ‘ Mega Eksplorasi Cinta Alam Redang (MECAR)’
        • Program Sekolah Hijau 2012
        • Ke Arah Kesejahteraan UKM
        • Pusat Kesihatan UKM
        • Pusat Pergigian UKM
        • UKM Career Expo 2012
        • Ko-kurikulum Dari Mata Mahasiswa
      • Edisi 2>
        • Rumah Baru Tunas Permata Ukm
        • Operasi Khidmat Masyarakat
        • Tindakan PMUKM Terhadap Masalah Air
        • Baucar Buku 1 Malaysia
        • Radio Midas
        • Kad Matrik
        • Ops Kunci
        • Latihan Kebakaran
        • Pemotongan Wang Pinjaman Ptptn Semester 2 Sesi 2011/2012 Di Ukm
        • Mahasiswa Kerja Sambil Belajar Dan Pro-Kontranya
        • Minat Jadi Tarikan Kepada Lili Untuk Bergiat Dalam Keusahawanan
        • Perkhidmatan Koperasi Uniked Berhad
        • Perubahan Sistem Kokurikulum Di Ukm
        • Rekreasi di Ukm
      • Edisi 3>
        • Art Life Islamic Festival
        • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
        • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
        • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
        • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
        • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
        • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
        • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
        • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
        • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
        • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
        • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
        • YES atau UKM JARING
    • Rencana>
      • Edisi 1>
        • Diet Seimbang
        • Gastrik Menghantui Pelajar
        • 8 Tip Gaya Hidup Sihat
        • Bersenam Sambil Bergaya
        • Sakit Kepala Vs Migrain
        • Teknik Senaman Yang Baik
        • Tidur Oh Tidur
        • Pemilihan Makanan Berkhasiat Dan Menjimatkan
        • Nasi Vs Mi Segera
        • Makanan Tambahan
        • Makanan Untuk Kuatkan Minda
        • Sarapan Sesuai Bagi Pelajar IPT
        • Bukit Broga, Syurga Pemandangan Indah
      • Edisi 2>
        • Pengurusan Masa Berkualiti, Mahasiswa Gemilang
        • Aktiviti Hujung Minggu : Bersosial Di Luar Atau Di Bilik?
        • Shopping Mall Vs. Uptown Mana Satu Menjadi Pilihan
        • Seni Mempertahankan Diri Satu Keperluan Bagi Golongan Wanita
        • Blogger : Jana Pendapatan
        • Sungai Tekala
        • Tips Melancong Untuk Pelajar
        • Tata Rias Wajah Bersama Majalah Lisa
        • Gigi Besi Itu Cantik
        • Gajet Elektronik (Iphone Atau Tab) Keperluan Atau Gaya?
        • Mentaliti Remaja Terhadap Senaman
        • Mengawal Selera Makan dan Tidak Berasa Lapar
      • Edisi 3>
        • Bakat atau Rupa Paras
        • Fixie
        • Isu Pembantu Rumah
        • Kenali Produk Kesihatan
        • Kereta Pilihan Pelajar
        • Pelajar dan Laman Sosial
        • Penyakit dan Alam Mistik
        • Pilihan Raya Umum
        • Tahun Melawat Perak
        • Trend Penghijrahan Artis
        • Trend Tudung Masa Kini
        • Universiti Pilihan Anda
    • Iklan>
      • Edisi 1>
        • Pick me up
        • Busana Muslimah
      • Edisi 2>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
      • Edisi 3>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
    • Restoran>
      • Edisi 1>
        • Gearbox Dusun
        • Restoran Pilihan Warga Kampus
      • Edisi 2>
        • D’jabris Ikan Bakar Serkam
      • Edisi 3>
        • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
    • Muzik>
      • Edisi 1>
        • Gelombang Bunyi: Terapi Otak
        • Lagu Untuk Anda
      • Edisi 2>
        • Konsert Pertama 'Islam's Biggest Rockstar'
        • Christina Perri Bakal Turun Ke Malaysia
        • Maher Zain Bakal Beraksi Di Stadium Merdeka
        • Dengar Radio Malaysia Secara Online
      • Edisi 3>
        • Muzik Malaysia>
          • Muzik Melayu
          • Muzik Cina
          • Muzik India

Nasi vs. Mi Segera

Picture
Picture
Nasi atau mi segera? Inilah persoalan yang sering bermain di fikiran pelajar yang bergelar mahasiswa kini. Tidak dinafikan bahawa di alam kampus, mi segera merupakan makanan yang amat popular dalam kalangan mahasiswa seperti sudah menjadi makanan wajib bagi mereka. Nasi pula akan menjadi makanan rutin pada waktu tengah hari dan pada malamnya, mi segera menjadi peneman mereka. Kadang kala, mereka memilih mi segera dengan alasan untuk berjimat cermat ataupun mahu berdiet. Kehidupan kampus yang memerlukan perbelanjaan yang banyak menyebabkan mereka lebih cenderung memilih mi segera berbanding nasi.

            Nasi merupakan makanan ruji bagi sebahagian penduduk Asia yang mempunyai sumber karbohidrat utama. Lazimnya nasi akan dihidangkan bersama dengan lauk dan sayur-sayuran sebagai pelengkap rasa serta dapat melengkapi keperluan gizi seseorang. Kadang kala nasi akan diolah lagi bersama bahan-bahan yang lain untuk dijadikan makanan yang baru seperti nasi lemak, nasi ayam atau nasi goreng. 

Secara umumnya, nasi mengandungi karbohidrat, air dan protein yang mudah diserap oleh tubuh badan. Walaupun kandungan protein yang terdapat pada nasi hanyalah sedikit iaitu sekitar 2 gram per 100 gram nasi putih namun protein ini diperlukan unutuk membaiki sel-sel tubuh badan yang rosak. 

Nasi yang diambil secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan kadar gula dan lemak berbahaya dalam darah serta meningkatkan kolesterol. Bagi yang menghidap diabetes, nasi akan mempercepatkan kadar gula dalam darah mereka dan mereka terpaksa mengurangkan pengambilan nasi dalam makanan mereka.

            Mi segera pula menjadi makanan pilihan mahasiswa kerana harganya yang murah, mudah disediakan dan rasanya yang enak. Terdapat pelbagai perasa yang dijual di pasaran seperti kari, ayam, tomyam atau asam laksa yang menambahkan lagi minat mahasiswa untuk mengambil mi segera. Namun tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mi segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya mempunyai kandungan kadar Monosodium Glutamate (MSG) dan garam yang tinggi dalam perencah mi tersebut.

            Bahan perasa ini mempunyai kesan negatif kepada kesihatan terutamanya terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG akan mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala apabila mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

            Sebenarnya, nasi atau mi segera mempunyai pro dan kontranya apabila diambil secara berlebihan. Namun, terpulanglah kepada setiap individu untuk memilih makanan yang akan memberikan kesan yang baik kepada tahap kesihatan mereka. Pemilihan makanan yang seimbang adalah lebih baik untuk mengekalkan kesihatan yang baik.


Disediakan oleh,
Nurhidaya binti Pukari
Create a free web site with Weebly