• Utama
  • Berita
    • INTERCULTURAL PARTY KIY
    • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
    • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
    • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
    • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
    • PENTER Season 3 2nd Edition
    • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
    • Hati Anda, Hati MENTION
    • Litar pintas atau Khianat?
    • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
    • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
  • Rencana
    • Pelajar Asing Dan UKM
    • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
    • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
    • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
    • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
    • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
    • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
    • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
    • LELAKI MEMASAK, COOL
    • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
    • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
    • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
    • Persatuan Anak Negeri di UKM
    • Smartphone? Mobilephone?
    • TWITTER SATU FENOMENA
  • Iklan
    • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
    • Shaklee
  • Arkib
    • Edisi 4>
      • Editorial
      • Berita>
        • Arus Politik Kampus Kepada Pelajar Baru
        • Bajet 2013: Manfaat atau Bebanan kepada Pelajar?
        • Bangunan Fakulti Undang-undang Moot Baharu
        • Fobia Jarum Bukanlah Alasan Untuk Tidak Menderma Darah
        • INOVASI: Tema Pesta Konvo UKM ke-40
        • Kekurangan Bas Punca Masalah Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar Ukm Tingkatkan Kemahiran
        • Kerja Lapangan dan Dana Yang diperuntukkan
        • Khidmat Bantuan Guaman Percuma di UKM
        • Latihan Ilmiah Tambah Keyakinan Pelajar Untuk Menempuh Dunia Pekerjaan
        • Pelajar Perlu Faham Tujuan Persatuan Diwujudkan
        • Pelajar Perlu Ubah Stereotaip Terhadap Kaunseling
        • Pelajar Sains Aktuari Menang RM500 000 Dalam Program Realiti MyEG
        • Permohonan Eko Niaga
        • UKM Mencatat Sejarah Dengan Menghasilkan 384 Pelajar PhD Pada Konvokesyen ke-40
        • UKM Mencungkil Bakat Pendakwah Muda
      • Rencana>
        • Antara Belajar dan Kerja Sambilan
        • BAKAT
        • Cabaran Pelajar Wanita Sebagai Yang di Pertua (YDP) Kolej
        • Demam Gangnam Style
        • Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)
        • Kepentingan Air Masak
        • Khasiat Ulam-ulaman
        • Khazanah Dunia Melayu
        • Pengurusan Kredit Mata Pelajaran
        • Wira Sukan UKM
      • Iklan>
        • Sihat bersama ALSDII
        • Lili Food & Services
        • Busana Muslimah
        • Pick me up
    • Edisi 5>
      • Editorial
      • Berita>
        • iFOLIO
        • Graduate Aptitude Programme UKM 2012: Sambutan Kurang Menggalakkan
        • Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Kolej Pendeta Za’ba
        • Karnival Sukan IPT 2012
        • Kelebihan Pengerang sebagai Terminal Gas dan Minyak
        • Kerevelenan Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Pemenang Pingat Emas SUKIPT 2012
        • Kes Ragut
        • Penambahbaikan Pengurusan Kredit KO-K Tahun Satu
        • Penglibatan Pelajar UKM Dalam Kursus Kemahiran Asas Kaunseling
        • ‘Summer School: Social Rights Project’ : Satu Projek Penggalak Perubahan Positif Hak Sosial
      • Rencana>
        • Bahaya Botol Plastik (BPA)
        • Berhabis Wang Untuk Novel
        • Bersantai di Danau
        • Coklat
        • Hari Interaksi Memupuk Hubungan yang Erat Antara Junior dan Senior
        • Keberkesanan Pengajaran Pensyarah: Pengalaman vs. Pengetahuan
        • Kebersihan Tandas Awam: Kesihatan & Etika
        • Ke Mana Hilangnya Semangat Membaca di Kalangan Pelajar UKM
        • Ketahanan Mental dan Fizikal Dalam Menyiapkan Latihan Ilmiah
        • Klik Dengan Bijak
        • Kursus Kahwin
        • Langkah Pencegahan Samun
        • Meneruskan Pengajian Ke Peringat Sarjana Atau Bekerja?
        • Pendidikan Montessori Dan Pengaplikasiannya Kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
        • Sakit kepala, otot dan tengkuk berpunca dari stress belajar?
        • Tempat latihan industri menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu?
      • Iklan>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
        • 6T's Boutique
    • Edisi 6>
      • Editorial
      • Berita>
        • INTERCULTURAL PARTY KIY
        • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
        • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
        • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
        • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
        • PENTER Season 3 2nd Edition
        • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
        • Hati Anda, Hati MENTION
        • Litar pintas atau Khianat?
        • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
        • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
      • Rencana>
        • Pelajar Asing Dan UKM
        • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
        • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
        • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
        • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
        • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
        • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
        • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
        • LELAKI MEMASAK, COOL
        • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
        • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
        • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
        • Persatuan Anak Negeri di UKM
        • Smartphone? Mobilephone?
        • TWITTER SATU FENOMENA
      • Iklan>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
        • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
        • Shaklee

sakit kepala, otot dan tengkuk berpunca dari stress belajar?
oleh ooi qin hui


Sakit kepala akibat tekanan juga dikenali sebagai sakit kepala akibat pengecutan otot yang berlaku  daripada tekanan emosi atau ketegangan fizikal. Ia lebih kerap dialami oleh kaum wanita  berbanding dengan kaum lelaki. Sakit kepala ini boleh berlaku sebagai satu kejadian tunggal atau berulang-ulang dan ia kadangkala boleh berubah menjadi kronik sehingga berlaku dua kali atau lebih untuk setiap minggu selama beberapa bulan atau tahun. Menurut salah seorang pegawai perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Doktor Rahmah Ibrahim yang mempunyai pengalaman selama 24 tahun bekerja sebagai pegawai perubatan, pelajar yang menghabiskan kebanyakan masa untuk belajar dengan posisi yang sama dalam tempoh masa yang panjang tanpa pergerakan yang banyak akan menyebabkan ketegangan otot dan seterusnya menyebabkan pengaliran darah terganggu dan pelajar tersebut akan berasa sakit di bahagian kepala, mata, bahu, tengkuk, dan tulang belakang.

              Tanda-tanda kesakitan ini ialah terasa sakit dan seolah-olah terdapat benda yang menekan kepala yang kemudiannya diiringi dengan rasa sakit pada bahagian leher, bahagian tepi dahi, dan bahu. Kesakitan kepala jenis ini tidak disertai dengan demam, loya atau muntah. Ia berlaku pada bila-bila masa dan boleh berlaku setiap hari dengan masa kelegaan yang pendek pada setiap serangan dan pada masa serangan sakit kepala ini, pesakit tersebut menghadapi kesukaran untuk tidur. Menurut Doktor Rahmah, tanda awal bagi penyakit ini kurang ketara pada mulanya, ia hanya dapat dikesan apabila kesakitan tersebut muncul. Sebelum berasa sakit, pelajar tersebut hanya berasa tidak selesa dan penat sahaja. Pergerakan badan yang bersesuaian dapat mengurangkan kesakitan yang dialami oleh pelajar tersebut.

            “Rawatan yang diperlukan untuk mengubati penyakit ini adalah bergantung kepada tahap kesakitan yang dialami,” kata Doktor Rahmah. Pada peringkat awal, pelajar yang menghidapi penyakit tersebut tidak mempunyai kesakitan yang teruk, pelajar tersebut hanya perlu melakukan pergerakan badan dan senaman yang bersesuaian dan mencukupi untuk memperbaiki aliran darah sahaja. Bagi pesakit yang serius, pesakit tersebut dikehendaki mengambil ubat untuk merawat penyakit tersebut. Ubat yang dapat merawat penyakit tersebut adalah ubat muscle relaxant, pain killer, dan neurobion yang merupakan vitamin untuk urat saraf. Langkah yang seterusnya ialah heat treatment yang merangkumi infrared di mana ia merupakan peralatan yang digunakan di klinik pada otot yang sakit serta mesin urut yang boleh dibeli di pasaran. Di samping itu, pesakit juga dicadangkan supaya meletakkan beg air panas pada kawasan yang sakit semasa tidur atau menyapu Menza cream pada kawasan yang sakit supaya kawasan tersebut menjadi panas dan aliran darah dapat berjalan dengan lancar.

Picture
Doktor Rahmah Ibrahim yang merupakan pegawai prubatan UKM.
Picture
Gambar kawasan kesakitan yang disebabkan penyakit resdung.
“Selain daripada tekanan, penyakit lain juga merupakan punca kesakitan kepala misalnya, penyakit resdung, osteoarthritis of cervical spine, migrain, dan deman virus,” kata Doktor Rahmah lagi. Penyakit resdung akan menyebabkan kesakitan pada bahagian depan kepala, pipi, dan sekitar hidung. Penyakit tersebut menyebabkan cecair terkumpul di bahagian yang dinyatakan tersebut dan mengakibatkan aliran darah terganggu. Bagi osteoarthritis of cervical spine, ia merupakan penyakit yang banyak dialami oleh orang tua disebabkan proses penuaan. Penyakit ini menyebabkan tengkuk berasa sakit. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila umur seseorang meningkat, tulang menjadi rapuh dan mudah bergeser. Keadaan ini telah menyebabkan seseorang itu berasa sakit pada bahagian tengkuk. Bagi penyakit migrain pula, ia adalah merupakan perubahan kimia dalam sistem saraf seseorang sehingga menjadi tidak seimbang.

            Menurut Doktor Rahmah lagi, deman virus juga merupakan salah satu dari faktor sakit kepala kerana, toksin tersebut menimbulkan kesakitan pada seluruh badan pesakit. Di samping itu, terlalu lapar dan kekurangan masa tidur yang berkualiti juga merupakan faktor penyakit ini berlaku. Apabila seseorang berasa terlalu lapar, tahap glukosa dalam badan seseorang akan menjadi rendah dan jika darah tidak mendapat glukosa yang mencukupi, seseorang itu juga akan berasa pening dan pengsan. Bagi seseorang yang kekurangan masa tidur yang berkualiti pula, otot tidak dapat berehat dengan sepenuhnya dan ini mengakibatkan kesakitan. Faktor yang lainnya juga termasuklah perubahan cuaca secara mendadak dan makanan yang berperisa, berlemak, serta mempunyai pewarna.

            Justeru, untuk memperbaiki keadaan pelajar yang mempunyai tahap stres yang tinggi sehingga menghidap penyakit tersebut, Doktor Rahmah telah mencadangkan bahawa pelajar haruslah beriadah dan bersenam supaya saluran darah berkembang dan darah dapat mengalir dengan lancar. Jangka masa bersenam yang bersesuaian juga dapat mengurangkan stres, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Jadi, jomlah pergi bersenam bersama-sama untuk mengurangkan stres dan mengekalkan badan yang sihat!             

Picture
Picture
Picture
Picture
Gambar yang dibekalkan oleh Doktor Rahmah.
Sumber:
http://hyzane.multiply.com/journal/item/13
Create a free web site with Weebly