LOGO HADHARI TRANSPARENT

Institut Islam Hadhari (HADHARI) merupakan sebuah institut penyelidikan multi disiplin berkaitan Peradaban Islam, telah ditubuhkan pada 22 Rabiulakhir 1428 H bersamaan 10 Mei 2007 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sejak tarikh penubuhan ini, Institut Islam Hadhari telah berfungsi sebagai sebuah institut penyelidikan multi disiplin yang berperanan seperti berikut:

1. Berperanan mempertingkat dan menggalakkan aktiviti penyelidikan, latihan dan penyebaran maklumat melalui 4 bidang ilmu iaitu (a) Politik dan Kepimpinan; (b) Sosio Budaya; (c) Ekonomi dan Perniagaan; dan (d) Sains & Teknologi, Alam Sekitar dan Kesihatan.
2. Berperanan sebagai institut pembelajaran dan pengajaran dengan menjalankan program pengajian di peringkat siswazah (ijazah sarjana dan doktor falsafah).
3. Melaksanakan fungsi sebagai sebuah pusat rujukan antarabangsa, agensi-agensi kebangsaan, institusi serta pelajar antarabangsa mengenai Peradaban Islam.
4. Berperanan sebagai penyumbang idea dalam membantu penggubalan dan pembentukan dasar pelbagai pihak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
5. Berperanan memberi khidmat kepada masyarakat dan komuniti daripada aspek perundingan, kaunseling dan latihan

Background

Institute of Islam Hadhari (HADHARI) is the multi disciplines research institute for Islamic civilizational studies, was established on 22 Rabiulakhir 1428 H/ 10 May 2007 in Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Since the date, Institute of Islam Hadhari has functions as a multi disciplines research institute by bearing roles as stated below:

1. To enhance and stimulate research activities, training and information dissemination through four branches of knowledge: (a) Politics and Leadership; (b) Socio-culture; (c) Economics and Business; (d) Science & Technology, Environment and Health.
2. To function as teaching and learning institute by conducting graduate programmes (Master and Doctor of Philosophy).
3. To perform as a reference centre concerning Islamic civilisation at the international level, and for National agency, institutes as well as international students.
4. To contribute ideas to assist in legislating and policy-making for various parties on the national and international level.
5. To provide a service to society and the community in terms of consultancy, counselling and training.