SOALAN LAZIM

PELAJAR SISWAZAH INSTITUT ISLAM HADHARI

Bilakah Sem Baharu dibuka?
Bagaimanakah cara untuk mendaftar Pengajian?

Pendaftaran adalah secara dalam talian. Sila buka SMP (Web Pelajar) untuk mendaftar.

Berapakah kadar yuran pengajian?

Kadar yuran boleh di rujuk di pautan berikut : http://www.ukm.my/portal/pascasiswazah/

Bagaimanakah cara untuk membentang cadangan penyelidikan?

Dapatkan kebenaran daripada Penyelia dan sila hantar 3 salinan keras (hardcopy) kepada Urus Setia Pengajian Siswazah untuk tindakan seterusnya.

Bagaimanakah cara untuk membentang hasil kajian?

Dapatkan kebenaran daripada penyelia dan maklumkan kepada Urus Setia Siswazah untuk mendapatkan tarikh pembentangan yang sesuai.

Bagaimanakah cara untuk menambah masa pengajian?

Sila muat turun borang daripada Sistem Maklumat Pelajar (SMPWeb). Isi dan lengkapkan borang beserta tandatangan Penyelia Utama dan hantar kepada Urus Setia Pengajian Siswazah selewatnya tiga (3) minggu sebelum semester baharu dibuka.

Bagaimanakah cara untuk menangguh pengajian?

Sila muat turun borang di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMPWeb). Isi dan lengkapkan borang beserta surat tunjuk sebab. Dapatkan tandatangan Penyelia Utama dan hantar kepada Urus Setia Pengajian Siswazah selewatnya tiga (3) minggu sebelum semester baharu dibuka.

Apakah syarat pengijazahan pengajian di Institut Islam Hadhari?

Syarat pengijazahan pengajian Institut Islam Hadhari boleh dirjuk di pautan berikut : https://www.ukm.my/hadhari/buku-panduan-siswazah/

Bagaimanakah hendak menukar bentuk pengajian?

Muat turun borang di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMPWeb). Sila lengkapkan borang dan hantar kepada Urus Setia Pengajian Siswazah untuk tindakan seterusnya. Kelulusan tertakluk kepada peraturan serta persetujuan Institut.

Siapakah yang bertanggungjawab berhubung hal-hal berkaitan pengajian seperti kemasukan, pendaftaran dan peperiksaan selain Institut Islam Hadhari?

Untuk urusan kemasukan pelajar, pendaftaran dan penjadualan, peperiksaan dan pengijazahan, rekod pelajar dan urusan senat, ia diuruskan oleh Pusat Pengurusan Akademik. Sila layari www.ukm.my/akademik untuk maklumat lanjut atau hubungi 0389118455.

Akademik dan Penyeliaan

Bolehkah seseorang calon yang telah menyiapkan tesisnya lebih awal daripada tempoh minimum pengajian menyerahkan tesisnya untuk pemeriksaan?

Boleh, dengan syarat:
1.  mendapat perakuan daripada Fakulti/Pusat Pengurusan Siswazah; dan
2. telah menerbitkan sekurang-kurangnya dua (2) makalah dalam jurnal berimpak tinggi yang berkaitan dengan penyelidikannya atau jurnal-jurnal lain atau penerbitan makalah yang diiktiraf oleh Senat;
Di samping itu, mungkin ada syarat – syarat lain yang perlu dipenuhi oleh calon.

Jika saya seorang graduan dalam bidang Biologi, bolehkah saya melanjutkan pengajian dalam bidang peradaban islam?

Boleh, dengan mengikuti program pengajian secara penyelidikan dan tertakluk kepada persetujuan Penyelia.

Adakah dibenarkan sekiranya calon untuk program PhD melantik pensyarah diluar UKM sebagai Penyelia?

Pensyarah daripada luar UKM boleh dilantik sebagai Penyelia Bersama dengan persetujuan Penyelia Utama dan Dekan.

Bantuan Kewangan

Adakah pihak UKM menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajarnya? Jika ya, bagaimana cara untuk memohon biasiswa tersebut dan apakah syarat-syaratnya?

UKM tidak menawarkan sebarang biasiswa kepada pelajar-pelajarnya. Walau bagaimanapun, UKM mempunyai Skim Zamalah untuk pelajar – pelajar yang terpilih. Di samping itu juga, UKM memberikan bantuan kewangan kepada Pembantu Penyelidik Siswazah (Graduate Research Assistantship).Untuk Skim Zamalah, calon yang memohon perlu mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan mempunyai potensi sebagai penyelidik. Untuk Pembantu Penyelidik Siswazah, calon perlu menghubungi penyelia yang berkenaan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan oleh penyelia tersebut.

Apabila saya telah menjalani peperiksaan lisan, adakah saya perlu lagi mendaftar diri di SMP dan membayar yuran pengajian.

Perlu mendaftar sehingga konvokesyen dan yuran tidak lagi dikenakan.

Bagaimana saya boleh mendapatkan borang-borang untuk urusan penyerahan notis dan sebagainya.

Sila muat turun borang daripada Sistem Maklumat Pelajar (SMPWeb). Dokumen-Dokumen tersebut boleh dicapai sendiri di SMPWeb dengan menggunakan ID No Pendaftaran

error: Content is protected !!