News/Magazine

Pada 28 Disember 2020 yang lalu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Islam Hadhari telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi Penyelidikan Ketokohan Syeikh Abdullah Fahim dalam Perkembangan Pendidikan Islam dan Ilmu Falak Pada Awal Abad Ke-20 dengan Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty Rozali bersama enam orang penyelidik yang lain dengan tajaan RM50,000.

 

Majlis ini ditandatangani antara Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohamad dan Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi, Senator Dato’ Hj. Jefridin Hj. Atan dan disaksikan oleh Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof Dr Fariza Md Sham dan Felo Bersekutu Institut Islam Hadhari, Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafiai. Tetamu lain yang hadir ialah Prof Madya Dr Mohd Al Adib Samuri, Timbalan Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof Madya Dr Ermy Azziaty Rozali (Ketua Projek), Dr. Syaidatun Nazirah Abu Zahrin (Ahli Projek), Dr. Mohd Hafiz Safiai (Ahli Projek).