Alhamdulillah telah berlangsungnya Forum Hadhari 4/2024 “Zakat & Teknologi Blockchain: Inovasi di antara Malaysia dan Indonesia” di mana hasil kajian ini sangatlah bermanfaat untuk mengukur, mengenalpasti kesedaran dan tahap kepekaan umat islam dalam salah satu tuntutan syariat Islam iaitu membayar zakat, bukan sahaja zakat fitrah namun, zakat-zakat yang lain yang harus ditunaikan.
.
Mengikut kajian, kesedaran bayaran zakat pendapatan masih dalam lingkungan 50% dalam kalangan umat islam di Malaysia, ini menunjukkan satu jumlah yang boleh ditingkatkan lagi, malah kajian sebegini harus diteruskan dan dihebahkan hasil kajian supaya masyarakat ambil maklum dan percaya tentang hasil kajian berdasarkan penyelidikan dari penyelidik bertauliah bukannya akta atau fakta yang dibuat-buat sepertimana yang kerap berlaku dalam pada masa kini terutama di media sosial.
.
Terima kasih kepada panel dan moderator dalam menjayakan forum kali ini, moga hasil kajian seterusnya dapat dibincangkan dan dikongsikan lagi dengan masyarakat agar kita semua cakna dan peka tentang perubahan dan kekangan serta hukum dalam isu sesama terutamanya bab zakat.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Facebook https://bit.ly/Hadhari ,
Instagram https://bit.ly/instagramhadhari dan
Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari
.