Hala Tuju Politik Muslim di Malaysia

Hala Tuju Politik Muslim di Malaysia. Fenomena politik muslim di Malaysia sentiasa menjadi perhatian penyelidik dalam dan luar negara. Tumpuan kini semakin meingkat setelah pilihan raya 2008 apabila pembangkang yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP menguasai empat buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Sementara di perigkat Parlimen, Barisan Nasional masih menguasai majoriti walaupun gagal memperolehi dua pertiga. Isu yang sering dibincangkan dalam konteks politik di Malaysia adalah survival dan masa depan politik Melayu Muslim. Parti politik di Malaysia yang mendominasi pemikiran politik masyarakat Melayu kini terdiri dari UMNO, PAS dan PKR. Ahli politik UMNO mendakwa politik Muslim kini kian parah dan semakin berpecah akibat perebutan kuasa politik. Dengan itu seruan kembali bersatu menjadi tema utama ucapan pemimpin UMNO. Sementara pimpinan PAS yakin kekuatan politik Muslim terletak kepada sejauh mana masyarakat Melayu kembali menghayati ajaran Islam sepenuhnya. Bagi PKR perpaduan melayu Muslim bukannya terletak kepada kekuatan UMNO tetapi bergantung kepada integriti dan kesediaan Melayu menerima budaya politik baru yang tidak berasaskan etnik. Dalam keghairahan membincangkan isu masa depan politik Muslim di Malaysia, kedudukan politik bukan Melayu juga mempengaruhi senario politik Melayu. Isu-isu yang dikemukakan itu menjadi tema perbincangan buku ini. Analisis buku ini adalah berasaskan kepada kajian lapangan yang dicerakinkan dengan kerangka konsep yang menarik. Untuk itu buku ini wajar dibaca oleh semua lapangan masyarakat bagi mengetahui perkembangan dan halatuju politik Muslim di Malaysia.

 

Jaffary Awang, Ph.D, Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman  Mahmood, Ph.D, Pensyarah Kanan di Jabatan Usuluddin  dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zakaria Stapa, S.P.I., Profesor  di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

Card Information Sdn. Bhd.

Tahun 2011