Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham FASc, Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM telah dijemput memberi ucapan dalam majlis perasmian bagi mewakili delegasi daripada Malaysia dalam International Scientific-Practical Conference yang berlangsung pada 30-31 Mei 2023 yang lalu anjuran Center of Islamic Civilization In Uzbekistan.
Beliau juga turut serta sebagai pembentang diikuti oleh Prof. Madya Dr. Mohd Al Adib Samuri, Felo Kanan Bersekutu Institut Islam Hadhari, UKM dan Dr. Norshariani Abd Rahman, Felo Penyelidik Hakiki, Institut Islam Hadhari UKM.
.
Persidangan ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan temanya yang bertajuk “The Center Of Islamic Civilization In Uzbekistan — A Crucial Link In Promoting The World Islamic Heritage”