Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari

Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari Kepelbagaian Budaya dan Globalisasi sebagaimana yang termaktub  dalam gagasan Ekosistem Ilmu UKM yang digagaskan oleh universiti berkenaan dalam gagasan ekosistem ilmunya, Projek Jati Diri Kebangsaan merupakan salah satu agenda utamanya, dengan Manhaj Islam Hadhari atau pendekatan peradaban berkenaan. Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangasaan Malaysia telah diamanahkan untuk merealisasikan gagasan besar ini.

Dana di bawah peruntukan Geran Projek Pemacu Univesiti UKM-GPP-PPKK-5 2009 telah diperuntukkan kepada Institut Islam Hadahri, UKM untuk merintis jalan dan meletakkan landasan yang sewajarnya untuk merealisasi gagasan ini. Institut Islam Hadhari, UKM yang dilancarkan penubuhannya pada 12 Februari 2009 oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang ke lima, Y.A. Bhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, sebagai salah satu pusat kecemerlangan di universiti berkenaan telah mengenal pasti empat bidang aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan ketamadunan Islam yang perlu dilaksanakan di Institut ini. Bidang-bidang penyelidikan tersebut adalah,

  • Politik dan kepimpinan
  • Sosial yang berkaitan bidang perundangan dan Syariah, media dan isu yang berhubung dengan gejala sosial.
  • Ekonomi dan perniagaan, dan
  • Sains, teknologi, kesihatan dan alam sekitar

Kesemua bidang ini dilihat merentasi sepuluh konsep Manhaj Islam Hadhari yang digagaskan oleh kepimpinan negara.

 

Mohd Yusof Hj. Othman (Ph.D), Pengarah, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor dalam bidang Fizik, Ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia dan Ketua Editor Jurnal Hadhari.

 

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

Tahun 2010

Institut Islam Hadhari, UKM