Komunikasi di Malaysia – Suatu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari

Komunikasi di Malaysia: Suatu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari. Komunikasi sebagai satu bidang disiplin ilmu adalah bersifat dinamik. Ia boleh menerima perubahan untuk disesuaikan dengan keperluan masyarakat setempat. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang mempunyai penduduk pelbagai bangsa dan agama, peranan komunikasi sebagai penghubung dalam mewujudkan persefahaman cukup penting. Kerangka perkembangan disiplin ilmu komunikasi yang terbina dalam acuan Barat perlu disesuaikan dengan kehendak masyarakat setempat. Justeru, sebagai agama yang universal dan bersifat meraikan kesejahteraan sejagat, panduan dan ajaran Islam berkaitan komunikasi perlu diketengahkan dengan berasaskan falsafah dan amalan yang unggul. Buku ini membicarakan idea-idea falsafah dan dasar komunikasi berpendekatan Islam Hadhari dengan menumpukan kepada persoalan teori dan amalan komunikasi semasa. Buku ini sesuai untuk bacaan komuniti  institusi pengajian tinggi dan juga masyarakat umum.

 

Mohd. Safar Hasim, Ph.D (UKM) merupakan Profesor Kewartawanan di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

Zulkiple Abd Ghani, Ph.d (Edinburgh) merupakan Profesor Madya Dakwah dan Media di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

 

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

Institut Islam Hadhari, UKM.

Tahun 2009.

error: Content is protected !!