
Alhamdulillah, pada 21 Februari 2025, Institut Islam Hadhari UKM telah menerima lawatan daripada Lembaga Solusi Halal (HSL) dibawah naungan Ikatan Sarjana Nahdlatul Ulama (ISNU) Jawa Timur Indonesia yang diketuai oleh Prof Dr. Muhammad Afif Hasbullah (PLT Ketua ISNU JAWA TIMUR) dan Dr. Siti Nur Husnul Yusmiati. M.Kes (Direktur LSH ISNU JAWA TIMUR). Rombongan disambut baik oleh Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, Prof Dato Dr Fariza Md Sham dan felo-felo penyelidik bagi membincangkan beberapa perkara yang boleh dicapai oleh kedua-dua pihak dalam memperkasakan institusi masing-masing terutama dalam bidang industri halal.
.
Turut Hadir bersama rombongan ini ialah Muhammad Dawud, M.Sos (Sekretaris ISNU JAWA TIMUR); Zainul Abidin, MM (Sekretaris LSH ISNU JAWA TIMUR); Dr. Riyadhotus Sholikhah, M.Pd (Anggota); Dr. Dian Fericha, SH,MH (Anggota); SUMANGAT (Anggota); M. Hidayatulloh (Anggota); Nur Cholis Sholeh (Anggota); Fikri Maulana Nurdiansyah (Anggota) dan Encik Ahmad Kamil.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Facebook https://bit.ly/Hadhari ,
Instagram https://bit.ly/instagramhadhari dan
Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari
.