Alhamdulillah, Institut Islam Hadhari, UKM sangat berbesar hati menerima lawatan rombongan seramai 60 orang guru diketuai oleh Encik Mohd Nor Azli Bin Salleh, Pengetua Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah 1 (SMA DMW1) pada Jumaat 29 September 2023 yang lalu. Majlis diadakan di Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM dan dimulakan dengan sedikit perkongsian “Motivasi Kepada Guru Madani” oleh Prof. Madya Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan, Timbalan Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM dan kemudian diteruskan aktiviti penyampaian cenderamata serta lawatan ke Muzium/Galeri UKM di Aras 6 Dan 2 Bangunan Canselori sebelum diakhiri dengan sedikit jamuan di Bilik Bankuasi.
.
Kami amat berbesar hati menerima dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala ini terutama dalam menjejaki warisan Sheikh Abdullah Fahim di Pulau Pinang. Semoga kita berjumpa lagi pada program lain di masa akan datang.
.
Jangan lupa Follow kami di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
Facebook https://bit.ly/Hadhari dan
Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari
.
#kursisheikhabdullahfahim #kursiSAF #sheikhabdullahfahimukm #kursiSAFHadhariukm #SDG #SustainableDevelopmentGoals
#forumukm #wacanaukm #programukm #seminar #seminarnasional #seminarukm
#bengkeluniversitikebangsaanmalaysia #bengkelukm #wacanauniversiti #forumuniversiti #ukm #universitikebangsaanmalaysia #institutislamhadhari #iih #postgraduatestudies #postgraduatemalaysia #postgraduate #masterstudy #phd #phdlife #alumniukm #UKMInspire