News/Magazine

Pada 10 Mac 2021, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Islam Hadhari telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Centre of Islamic Civilization in Uzbekistan secara LIVE.

 

Majlis ini ditandatangani antara Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohamad dan Pengerusi Centre of Islamic Civilization in Uzbekistan, Shoazim Monavarov  dan disaksikan oleh Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof Dr Fariza Md Sham dan Tuan Yang Terutama Ravshan Usmanov, Duta Besar Uzbekistan serta Felo Bersekutu Institut Islam Hadhari. Tetamu lain yang hadir ialah Prof Madya Dr Mohd Al Adib Samuri, Timbalan Pengarah Institut Islam Hadhari. 

error: Content is protected !!