Download Buku Program DI SINI

JOHOL, 11 Mei 2022 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Institut Islam Hadhari menerima sumbangan dana endowmen sebanyak RM1 juta daripada Yayasan Undang Johol bagi memperkasa aspek pendidikan dan pembangunan komuniti masyarakat di kawasan itu.

Inisiatif itu dibuat menerusi pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) UKM dengan Yayasan Undang Johol iaitu sebuah entiti di bawah Undang Luak Johol.

Hebahan Berita turut disiarkan di Utusan Malaysia, Sinar Harian dan BERNAMA berkaitan Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) antara Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Undang Luak Johol dan Yayasan Undang Johol (YUJ).
MoA yang dimeterai adalah bagi penubuhan Dana Endowmen Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol di Institut Islam Hadhari (HADHARI) sebanyak RM1,000,000 untuk pembangunan komuniti masyarakat di Kawasan Jajahan Takluk Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol menerusi penganugerahan biasiswa bagi menjalankan pendidikan dan penyelidikan di peringkat pascasiswazah.
.
.
.
.
Follow us on Instagram https://bit.ly/instagramhadhari
.
.
.
.
.

HEBAHAN BERITA

Berita di halaman E-Warga UKM (Tekan di Sini)