Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Tuan Chang Lih Kang dan Timbalannya, YB Datuk Arthur Joseph Kurup telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Felo dan Pengiktirafan Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2023 pada 17 Oktober 2023 yang lalu.
.
Dalam ucaptama YB Tuan Chang Lih Kang mewakili Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, beliau menyarankan supaya beberapa agensi yang bertindak sebagai badan pemikir negara untuk bersatu di bawah Perikatan Badan Pemikir Negara bagi memberikan input yang lebih menyeluruh berpaksikan pemikiran masa hadapan.
.
Berikut beberapa badan pemikir negara, antaranya Akademi Sains Malaysia (ASM) Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Institut Penyelidikan Belia Malaysia (IYRES), Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Institut Pengajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).
.
Pada majlis ini, 35 Felo baharu dan 30 TRSM diperkenalkan termasuklah Prof. Dato’ Dr. Fariza. Md Sham FASc., Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.
.
Untuk makluman, Pemilihan Felo dan TRSM adalah mewakili individu terbaik di seluruh negara dalam lapan kumpulan disiplin iaitu Sains Perubatan dan Kesihatan; Sains Kejuruteraan; Sains Kimia; Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar; Matematik, Fizik dan Sains Bumi; Teknologi Maklumat dan Sains Komputer; Pembangunan Sains & Teknologi dan Industri; serta Sains Sosial dan Kemanusiaan. Sehingga kini, ASM mempunyai 482 Felo yang terdiri daripada 28 Felo Kanan, 454 Felo Biasa dan 272 TRSM
.
Jangan lupa Follow kami di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.