Alhamdulillah, pada 20 dan 21 Feb 2024 yang lalu, telah berlangsungnya Program Pengaturcaraan Robotik Al-Jazari@Hadhari 2.0 Tahun 2024 di Institut Islam Hadhari, UKM.
.
Program disertai lebih kurang 24 orang pelajar yang datang dari pelbagai sekolah samada dari sekitar UKM Bangi, Kajang dan dari kawasan yang lain. Tahniah juga kepada semua pelajar yang memenangi tempat pertama sehingga kelima dalam aktiviti berkumpulan. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan pada masa hadapan dari segi pemikiran kritis dan inovatif setiap pelajar dan pihak urusetia berharap agar anda dapat hebahkan kepada rakan-rakan yang lain yang tidak dapat atau sempat hadir untuk turut serta program ini pada tahun hadapan InshaAllah.
.
Institut Islam Hadhari, UKM amat berterima kasih kepada penganjur bersama iaitu Yayasan Bank Rakyat, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan Desatera Sdn Bhd atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.