Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Wacana Hadhari 1/2025 “Diet Halalan Toyyiban” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Sahilah Abd Mutalib; Felo Penyelidik Utama, Institut Islam Hadhari, UKM dan pemudahcara oleh Dr. Nurul Hafizah Mohd Nor; Felo Penyelidik, Institut Islam Hadhari, UKM.
.
Diet Halalan Toyyiban merangkumi 3 elemen iaitu Definasi Halalan Toyyiban, Diet Rasullulah SAW dan Aktiviti fizikal Rasullulah SAW. Definisi Halalan Toyyiban adalah makanan halal dari sumber yang halal, makanan yang tidak syubhah, makanan yang diterima fitrah, selamat, bersih dan berkhasiat.
.
Diet Rasullulah SAW adalah pemakanan yang merangkumi adab makan dan minum serta makanan yang dimakan oleh Rasullulah SAW. Aktiviti fizikal Rasullulah saw terbahagi kepada 2 iaitu aktiviti fizikal sunnah dan aktiviti fizikal dan rohani. Akhir sekali, kesimpulan bagi diet ini adalah berdoa dan meminta kepada Allah SWT dalam apa juga hal, amalkan gaya pengambilan makanan halal, baik dan sihat dan aktif dalam menjalani kehidupan seharian dengan melakukan aktiviti sunnah.
.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Facebook https://bit.ly/Hadhari ,
Instagram https://bit.ly/instagramhadhari dan
Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari
.
#kursisheikhabdullahfahim #kursiSAF #sheikhabdullahfahimukm #kursiSAFHadhariukm #SDG #SustainableDevelopmentGoals
#forumukm #wacanaukm #programukm #seminar #seminarnasional #seminarukm
#bengkeluniversitikebangsaanmalaysia #bengkelukm #wacanauniversiti #forumuniversiti #ukm #universitikebangsaanmalaysia #institutislamhadhari #iih #postgraduatestudies #postgraduatemalaysia #postgraduate #masterstudy #phd #phdlife #alumniukm #UKMInspire

MUAT TURUN SLAID DI SINI