Wacana Peradaban – Menjana Modal Insan

Wacana Peradaban: Menjana Modal Insan. Hadhari yang berakar kata dari perkataan hadharah dalam Bahasa Arab membawa maksud peradaban. Peradaban atau hadharah ini merupakan tonggak utama dalam membangunkan masyarakat ibarat saraf tunjang yang mengawal seluruh anggota tubuh manusia. Tidak hanya pencapaian sains dan teknologi yang layak dijadikan kayu ukur dalam kemajuan masyarakat. Masyarakat akan dapat dibangunkan apabila modal insan di dalamnya dibangunkan terlebih dahulu. Sejarah kaum-kaum terdahulu dalam al-Qur’an menceritakan musnahnya kaum Nabi Nuh as, Nabi Luth asadalah kerana mengamalkan perbuatan keji dan dilarang oleh Allah SWT. Dalam suasana hari ini, usaha membangunkan modal insan amat diperlukan bagi menangani masalah keterlanjuran dan kebebasan dalam hubunan sosial, budaya, etika, pemikiran, kepimpinan, ekonomi, sains dan teknolog, perubatan , dan alam sekitar yang semakin meruncing. Usaha berterusan perlu digembeling agar masyarakat dapat hidup dengan seimbang dan harmoni selari dengan tuntutan dalam agama Islam. Buku ini membicarakan aspek-aspek fundamental dalam agam Islam bagi melahirkan insan yang berkualiti, teguh budi pekerti, mantap ideologi, malah taat kepada Ilahi. Buku ini antara sumbangan institut yang diharapkan mampu menjadi sumber inspirasi kepada kita dalam membangunkan masyarakat yang Hadhari.

 

Jawiah Dakir (Ph.D) Timbalan Pengarah, Institut Islam Hadhari, UKM. Profesor bidang hadis di Jabatan Usuluddin & Falsafah, FPI, UKM. Bergiat aktif dalam penyelidikan dan penerbitan bidang hadis, tafsir, pengajian Islam, pendidikan dan bimbingan agama dan wanita dalam Islam.

Rosilawati Mohd Hanapi (MS.c) Felo Penyelidik, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

Institut Islam Hadhari, UKM

Tahun 2011

error: Content is protected !!