PENGENALAN
KONSEP
KESAN
LANGKAH-LANGKAH |
KESIMPULAN...
Tapak pelupusan sampah sanitari adalah kaedah yang paling baik bagi sementara ini. Walau bagaimanapun, kaedah ini juga mempunyai kelemahan. Cecair lesapan dan gas yang terhasil sekiranya tidak diuruskan dengan cara yang sesuai dan betul akan memudaratkan persekitaran. Masyarakat yang semakin berkembang ini menyebabkan pertambahan sampah yang dihasilkan. Penghasilan sampah ini perlulah dikawal supaya tidak memudaratkan kehidupan manusia pada masa kelak. Kitar semula merupakan salah satu cara untuk mengurangkan penghasilan sampah. Selain ini, kita juga perlu sentiasa elakkan daripada menggunakan benda-benda pakai buang. Terdapat juga beberapa cara alternatif dalam pengurusan bahan buangan pepejal, contohnya penguraian anaerobik, pirolisis dan rawatan mekanik secara biologi.
|