PENGENALAN
KONSEP
KESAN
LANGKAH-LANGKAH |
PENGENALAN...
Sejak manusia mula bertamadun, kuantiti bahan buangan pepejal yang terhasil semakin bertambah. Manusia memikirkan pelbagai cara dalam pengurusan bahan buangan pepejal. Pernah dicetuskan idea untuk menghantar bahan buangan pepejal ke angkasa lepas pada 1970an ( dibantah kerana kosnya terlalu tinggi ). Pengendalian bahan buangan pepejal yang mula-mula digunakan ialah dengan menghantar sampah ke tengah laut dengan kapal dan sampah itu akan dibuangkan begitu sahaja ke dalam laut. Perkara ini menyebabkan pencemaran air yang membawa pelbagai masalah kepada manusia. Oleh itu, manusia memilih darat sebagai tapak pembuangan sampah. Akan tetapi, manusia pada awalnya mengumpul dan membakar sampah secara terbuka, akibatnya berlakunya pencemaran udara. Tapak pelupusan sampah secara terbuka pula meyediakan habitat bagi organisma-organisma pembawa penyakit seperti tikus dan lalat. Perkara ini menyebabkan penyakit seperti Cholera merebak. Maka, kaedah pelupusan sampah secara isian tanah iaitu landfill dicipta sebagai alternatif untuk tapak pelupusan sampah terbuka. Akhirnya, kaedah pelupusan sampah sanitari digunakan sebagai satu cara yang berkesan dan bersih.
|