PENGENALAN
KONSEP
KESAN
LANGKAH-LANGKAH |
KESAN...
●Tapak pelupusan sampah menghasilkan gas-gas yang terdiri daripada yang utamanya gas metana,CH4 dan karbon dioksida, CO2 oleh anaerobik biodegradasi. ●Gas-gas ini adalah bertoksin, senang terbakar dan mudah meletup. ●Gas metana adalah tidak berbau dan tidak berwarna. ●Pengeluaran gas perlu dikawal untuk mengelakkan letupan penumpuan oleh metana atau bertambahnya gas-gas tapak pelupusan sampah di mana ia boleh memecahkan litupan pengalas atau menghapuskan tumbuh-tumbuhan. ●Reka bentuk tapak pelupusan sampah dan pengurusan harus memastikan penumpuan gas metana kurang daripada 25% di bawah limit letupan di struktur atau berdekatan dengan tapak pelupusan sampah dan kurang daripada bawah limit letupan di kawasan sempadan tapak pelupusan sampah. ●Gas metana boleh bermigrasi ke kawasan sekeliling dan mengakibatkan risiko kebakaran terhadap manusia dan bangunan atau perumahan.. ●Metana boleh meletup apabila berada peratusan di antara 5%-15%.
|