PENGENALAN
KONSEP
KESAN
LANGKAH-LANGKAH |
KESAN...
Apa itu cecair resapan? ● Cecair lesapan atau leachate merupakan cecair yang terbentuk hasil daripada perkolasi air yang mengalir melalui sisa pepejal di tapak pelupusan sisa. ● Ia adalah cecair berbau amat busuk dan sengit yang terdiri daripada bahan buangan,pemendapan dan aliran air permukaan, meningkatkan air di dalam tapak pelupusan sampah. ● Cecair ini mengalir ke dalam bahagian tanah dan membawa bersamanya bahan-bahan terlarut dan terampai ● Sumber cecair ini adalah berpunca daripada curahan hujan, larian permukaan, penyusupan, pemendakan, air daripada pemadatan sisa pepejal dan cecair daripada proses penghuraian sisa pepejal. ● Kandungan cecair lesapan ini terdiri daripada bahan organik dan inorganik dan juga terdiri daripada pelbagai campuran bahan kimia dan logam berat seperti ammonia, natrium, kalsium, sulfur, kuprum, ferum, nikel, kadmium, plumbum dan lain-lain (Tchobanogolous et al., 1993). ●Ia mengandungi penumpuan COD,BOD, nutrient, logam berat, dan organic surih yang tinggi. Komposisi kimia dan fizikal cecair lesapan banyak bergantung kepada usia tapak pelupusan dan juga proses biokimia yang berlaku Kesan terhadap organisma dan persekitaran ●Cecair lesapan yang bersentuhan dengan bekalan air boleh mengakibatkan pencemaran. ● Ini bukan sahaja boleh mengancam kehidupan organisma-organisma yang hidup dalam tanah, tumbuh-tumbuhan malahan pada manusia sendiri apabila cecair lesapan ini mengalir ke bahagian sungai dan tasik yang berdekatan apabila air bawah tanah dicemari. ● Cecair lesapan yang memasuki ke dalam tanah boleh mengakibatkan pengurangan kesuburan tanah kerana aktiviti penceraian biologi, proses fizikal dan kimia dalam tanah telah dikurangkan. ● Bangunan yang dibina di atas bekas tapak pelupusan sampah boleh mereput dan runtuh akibat proses gas ammonia dan organik nitrogen daripada air larut lesap atau leachate. ● Manusia yang menghidu gas tersebut akan mengalami tanda-tanda alahan seperti cepat letih dan pening kepala. ● Kesan daripada pencemaran plumbum umpamanya boleh menyebabkan penyakit anemia, gangguan pada usus dan sistem saraf Faktor yang menggalakkan penghasilan dan pengumpulan cecair lesapan ●Faktor yang menjejaskan kawalan cecair lesapan ialah cuaca, kawasan topografi, bahan penutup terakhir, litupan tumbuh-tumbuhan, fasa kawasan dan prosedur pengurusan, dan jenis bahan buangan yang diisi ke dalam. ●Hujan yang banyak akan menembusi ke dalam tapak pelupusan sampah dan memperbanyakkan cecair lesapan. ●Topografi boleh menjejaskan bilangan air yang memasuki atau meninggalkan kawasan tapak pelupusan sampah. .
|