![]() |
||
PENGENALAN
KONSEP
KESAN
LANGKAH-LANGKAH |
Dari aspek sifat-sifat penempatan... ● Didirikan di zon pertanian atau perindustrian yang tidak mempunyai nilai sejarah dan pengaruh terhadap alam sekitar. Kebiasaannya jauh dari kawasan perumahan. ● Ia perlu diasingkan dari kawasan berpopulasi tinggi. ● Ia tidak boleh terletak di kawasan berpopulasi tinggi yang membantah pembinaan kawasan pembuangan di kawasan tersebut. ● Sumber air dan bekalan elektrik diperlukan. Dari aspek geologi... ● Dari segi geologi, ketebalan tanah perlu setinggi 20 kaki dari batu dasar. ● Pertukaran kation dalam batu lumpur perlu lebih daripada 15meg/100g, dan ketelapan tanah perlu kurang daripada 10-5cm/sec. ● Ia perlu terletak di kawasan geologi yang terbentuk secara semula jadi dan pengaliran air hujan tidak membawa bahan pencemaran bercampur dengan air bawah tanah. Dari aspek ekonomi... ● Tumbuhan dan jalan perlu diambil kira dalam pembinaan landfill. Tumbuhan boleh digunakan untuk menghalang pandangan orang ramai. Tetapi penyediaan tumbuhan yang banyak akan menambah kos operasi. ● Ia perlu berhampiran dengan sumber bahan buangan bagi mengurangkan kos pengngkutan. ● Kaedah yang dipilih merupakan kaedah yang paling ekonomi dan sesuai untuk kawasan terpilih sahaja. Dari aspek hidrologi... ● System saliran juga perlu lengkap. Dari aspek topografi... ● Kawasan pembuangan perlu cukup luas jika kerja perluasan kawasan pembuangan perlu dilakukan. ● Tidak boleh terletak di kawasan banjir atau paya dan air di permukaan perlu disalurkan ke tempat lain. Dari aspek bekalan tanah penutup... ● Tanah untuk lapisan penutup perlu mencukupi kerana jika perlu diangkut dari kawasan lain akan menambah kos operasi. Dari aspek musim... ● Setelah pemilihan tempat tapak pelupusan sampah, perlu diambil perhatian terhadap arah tiupan angin dan kawasan perumahan di sekitar.
|