• Utama
  • Berita
    • INTERCULTURAL PARTY KIY
    • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
    • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
    • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
    • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
    • PENTER Season 3 2nd Edition
    • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
    • Hati Anda, Hati MENTION
    • Litar pintas atau Khianat?
    • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
    • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
  • Rencana
    • Pelajar Asing Dan UKM
    • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
    • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
    • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
    • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
    • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
    • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
    • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
    • LELAKI MEMASAK, COOL
    • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
    • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
    • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
    • Persatuan Anak Negeri di UKM
    • Smartphone? Mobilephone?
    • TWITTER SATU FENOMENA
  • Iklan
    • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
    • Shaklee
  • Arkib
    • Edisi 4>
      • Editorial
      • Berita>
        • Arus Politik Kampus Kepada Pelajar Baru
        • Bajet 2013: Manfaat atau Bebanan kepada Pelajar?
        • Bangunan Fakulti Undang-undang Moot Baharu
        • Fobia Jarum Bukanlah Alasan Untuk Tidak Menderma Darah
        • INOVASI: Tema Pesta Konvo UKM ke-40
        • Kekurangan Bas Punca Masalah Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar Ukm Tingkatkan Kemahiran
        • Kerja Lapangan dan Dana Yang diperuntukkan
        • Khidmat Bantuan Guaman Percuma di UKM
        • Latihan Ilmiah Tambah Keyakinan Pelajar Untuk Menempuh Dunia Pekerjaan
        • Pelajar Perlu Faham Tujuan Persatuan Diwujudkan
        • Pelajar Perlu Ubah Stereotaip Terhadap Kaunseling
        • Pelajar Sains Aktuari Menang RM500 000 Dalam Program Realiti MyEG
        • Permohonan Eko Niaga
        • UKM Mencatat Sejarah Dengan Menghasilkan 384 Pelajar PhD Pada Konvokesyen ke-40
        • UKM Mencungkil Bakat Pendakwah Muda
      • Rencana>
        • Antara Belajar dan Kerja Sambilan
        • BAKAT
        • Cabaran Pelajar Wanita Sebagai Yang di Pertua (YDP) Kolej
        • Demam Gangnam Style
        • Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)
        • Kepentingan Air Masak
        • Khasiat Ulam-ulaman
        • Khazanah Dunia Melayu
        • Pengurusan Kredit Mata Pelajaran
        • Wira Sukan UKM
      • Iklan>
        • Sihat bersama ALSDII
        • Lili Food & Services
        • Busana Muslimah
        • Pick me up
    • Edisi 5>
      • Editorial
      • Berita>
        • iFOLIO
        • Graduate Aptitude Programme UKM 2012: Sambutan Kurang Menggalakkan
        • Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Kolej Pendeta Za’ba
        • Karnival Sukan IPT 2012
        • Kelebihan Pengerang sebagai Terminal Gas dan Minyak
        • Kerevelenan Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Pemenang Pingat Emas SUKIPT 2012
        • Kes Ragut
        • Penambahbaikan Pengurusan Kredit KO-K Tahun Satu
        • Penglibatan Pelajar UKM Dalam Kursus Kemahiran Asas Kaunseling
        • ‘Summer School: Social Rights Project’ : Satu Projek Penggalak Perubahan Positif Hak Sosial
      • Rencana>
        • Bahaya Botol Plastik (BPA)
        • Berhabis Wang Untuk Novel
        • Bersantai di Danau
        • Coklat
        • Hari Interaksi Memupuk Hubungan yang Erat Antara Junior dan Senior
        • Keberkesanan Pengajaran Pensyarah: Pengalaman vs. Pengetahuan
        • Kebersihan Tandas Awam: Kesihatan & Etika
        • Ke Mana Hilangnya Semangat Membaca di Kalangan Pelajar UKM
        • Ketahanan Mental dan Fizikal Dalam Menyiapkan Latihan Ilmiah
        • Klik Dengan Bijak
        • Kursus Kahwin
        • Langkah Pencegahan Samun
        • Meneruskan Pengajian Ke Peringat Sarjana Atau Bekerja?
        • Pendidikan Montessori Dan Pengaplikasiannya Kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
        • Sakit kepala, otot dan tengkuk berpunca dari stress belajar?
        • Tempat latihan industri menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu?
      • Iklan>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
        • 6T's Boutique
    • Edisi 6>
      • Editorial
      • Berita>
        • INTERCULTURAL PARTY KIY
        • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
        • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
        • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
        • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
        • PENTER Season 3 2nd Edition
        • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
        • Hati Anda, Hati MENTION
        • Litar pintas atau Khianat?
        • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
        • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
      • Rencana>
        • Pelajar Asing Dan UKM
        • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
        • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
        • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
        • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
        • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
        • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
        • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
        • LELAKI MEMASAK, COOL
        • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
        • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
        • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
        • Persatuan Anak Negeri di UKM
        • Smartphone? Mobilephone?
        • TWITTER SATU FENOMENA
      • Iklan>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
        • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
        • Shaklee

ANTARA BELAJAR DAN KERJA SAMBILAN
OLEH RABIATUL ADAWIYAH

Picture
Memang  tidak  dapat dinafikan lagi kos pendidikan dan sara hidup semasa berada di IPT sangat tinggi. Bantuan mahupun pinjaman kewangan yang diberikan  tidak  mencukupi untuk  menampung perbelanjaan harian pada setiap semester.

Ramai pelajar yang telah mencari jalan kepada masalah kewangan dengan melakukan kerja-kerja sambilan. Bagaimanapun ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan dikor-bankan jika anda ingin melakukan kerja-kerja sambi-lan. Antaranya ialah masa, pelajaran, modal dan banyak lagi. Khalil Razak dan Rozaiti Binti Mazlan merupakan contoh usahawan muda  semasa di alam universiti. Kedua-dua usahawan ini mempunyai latar belakang perniagaan dan pekerjaan serta matlamat yang berbeza namun mempunyai visi dan misi yang sama.

LATAR BELAKANG PEKERJAAN DAN PERNIAGAAN

Khalil Razak atau lebih dikenali sebagai Khalil  merupakan seorang penceramah dan ahli perniagaan yang semakin berjaya. Tiga tahun yang lalu, beliau hanya seorang pelajar biasa yang sentiasa menjadikan buku sebagai teman. Bermula dengan menjadi seorang penceramah  motivasi, kemudian beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Baru- baru ini beliau telah mengasaskan satu perniagaan yang dikenali sebagai “Perniagaan Tanpa Modal’. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelajar lain mencari duit sampingan bagi menampung keperluan harian. Manakala pelajar jurusan Ekonomi dan Pengurusan ini pula iaitu Rozaiti Mazlan atau lebih dikenali sebagai Rozy Ana masih baru dalam dunia perniagaan. Kerana minat yang sangat kuat dalam dunia perniagaan, beliau memulakan perniagaan mengikut kemampuan beliau dalam mengeluarkan modal. Perniagaan printing yang diusahakannya ini tidak memerlukan beliau mengeluarkan modal yang banyak. Walaupun secara kecil-kecilan, namum pendapatannya mampu menampung keperluan harian beliau. Bagi memajukan perniagaan beliau, beliau telah mereka cipta aksesori seperti kerongsang, menjahit, jahitan sulam, seni kait dan sebagainya. 
Picture
Picture
Tidak lama lagi saya akan bawa ayah saya melancong ke luar Negara dengan hasil perniagaan saya. (Khalil Razak)
DORONGAN

Dorongan sama ada daripada keluarga, rakan-rakan mahupun diri sendiri sangat penting dalam kejayaan seseorang. Tanpa dorongan ini, seseorang itu akan lemah serta mundur. Malah seseorang perlulah memahami tujuan asal untuk memulakan perniagaan supaya tidak mudah terduduk ketika menghadapi dugaan. Pada asalnya, gerbang perkahwinan merupakan kekuatan dan semangat kepada Khalil Razak untuk terus berjaya. Menurut beliau yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, untuk mencapai niatnya, beliau perlu melakukan sesuatu yang boleh memberi pendapatan kepada beliau  walaupun ketika ini beliau  masih bergelar seorang siswa. Abangnya turut memberi sokongan kepada beliau untuk  lebih maju disamping dapat menjadi kebanggaan ayahnya.

          Bagi Rozy Ana yang berlatar belakangkan keluarga yang berniaga secara kecil-kecilan telah memberi semangat kepada Rozy Ana  untuk meneruskan dan memajukan perniagaan keluarganya. Walaupun beliau merupakan anak tunggal perempuan daripada lima orang adik-beradik, namun semangatnya untuk menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya merupakan salah satu dorongan yang paling utama dalam perniagaannya.

PENGORBANAN MASA

Sekiranya kita mempunyai kerja sampingan maka masa untuk anda menelaah pelajaran semakin berkurangan. Disinilah pembahagian masa itu penting untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun pekerjaan. Kedua-dua usahawan ini berpendapat, pembahagian masa sangat penting supaya kita tidak ketinggalan dalam pelajaran mahupun perniagaan. Menurut Rozy Ana, setiap mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan semasa bergelar pelajar perlulah mempunyai jadual harian. Oleh itu, setiap pelajar perlulah mempunyai jadual supaya masa tidak terabai begitu sahaja.   Namun, perlu diingatkan bahawa pelajaran masih lagi perkara penting yang perlu diutamakan dalam sebarang pekerjaan yang dilakukan
Picture
Pada hujung minggu saya akan fokuskan pada perniagaan saya tetapi masih ada waktu untuk saya belajar. (Rozy Ana)
 MELATIH BERDIKARI

Keinginan untuk berkerja sambilan atau melakukan perniagaan adalah bergantung kepada setiap induvidu itu sendiri sama  ada boleh melakukannya atau tidak. Dengan membuat kerja sampingan ini, dapat membantu pelajar berdikari tanpa mengharapkan ihsan daripada ibu bapa. Perkataan berdikari tidak asing lagi dalam hidup Rozy Ana dan Khalil Razak. Semenjak melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Kebangsaan Malaysia, mereka tidak pernah  bergantung kepada kedua ibu bapa mereka. Kemahuan mereka akan diusahakan sendiri.

IMPIAN ATAU MATLAMAT JANGKA MASA PANJANG

Matlamat jangka masa panjang perlu ada untuk menentukan arah tuju sesuatu yang diusahakan. Pelajar harus bertanya adakah sesuatu pekerjaan yang telah dilakukan itu sesuai untuk dibawa atau diteruskan selepas tamat pengajian. Bagi Khalil Razak, perniagaannya tetap diteruskan. Malah beliau bercita-cita untuk memajukan lagi perniagaan yang telah diusahakan. Bagi Rozy Ana pula, beliau akan meneruskan perancangan keluarga untuk membuka sebuah restoran. Pengalaman berniaga yang diusahakan kini akan dijadikan pengalaman yang sangat berharga dalam pemulaan kerjayanya. Namun kedua-dua mereka akan tetap mencari kerja sampingan seperti dalam sektor kerajaan mahupun swasta selepas tamat belajar nanti.


          Kesimpulannya, tidak salah untuk anda mencari kerja sampingan atau memulakan perniagaan semasa belajar kerana ia dapat membantu anda sama ada untuk masa sekarang ataupun ketika masa hadapan. Namun begitu anda perlu melihat juga kesan yang mungkin timbul akibat dari apa pilihan anda. Ini kerana apabila anda ingin melakukan kerja sambilan atau perniagaan, semestinya aktiviti harian anda akan berubah. Oleh itu anda perlu melihat kemampuan diri anda terlebih dahulu sebelum melakukannya.




Create a free web site with Weebly