• Utama
  • Berita
    • INTERCULTURAL PARTY KIY
    • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
    • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
    • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
    • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
    • PENTER Season 3 2nd Edition
    • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
    • Hati Anda, Hati MENTION
    • Litar pintas atau Khianat?
    • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
    • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
  • Rencana
    • Pelajar Asing Dan UKM
    • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
    • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
    • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
    • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
    • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
    • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
    • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
    • LELAKI MEMASAK, COOL
    • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
    • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
    • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
    • Persatuan Anak Negeri di UKM
    • Smartphone? Mobilephone?
    • TWITTER SATU FENOMENA
  • Iklan
    • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
    • Shaklee
  • Arkib
    • Edisi 4>
      • Editorial
      • Berita>
        • Arus Politik Kampus Kepada Pelajar Baru
        • Bajet 2013: Manfaat atau Bebanan kepada Pelajar?
        • Bangunan Fakulti Undang-undang Moot Baharu
        • Fobia Jarum Bukanlah Alasan Untuk Tidak Menderma Darah
        • INOVASI: Tema Pesta Konvo UKM ke-40
        • Kekurangan Bas Punca Masalah Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar Ukm Tingkatkan Kemahiran
        • Kerja Lapangan dan Dana Yang diperuntukkan
        • Khidmat Bantuan Guaman Percuma di UKM
        • Latihan Ilmiah Tambah Keyakinan Pelajar Untuk Menempuh Dunia Pekerjaan
        • Pelajar Perlu Faham Tujuan Persatuan Diwujudkan
        • Pelajar Perlu Ubah Stereotaip Terhadap Kaunseling
        • Pelajar Sains Aktuari Menang RM500 000 Dalam Program Realiti MyEG
        • Permohonan Eko Niaga
        • UKM Mencatat Sejarah Dengan Menghasilkan 384 Pelajar PhD Pada Konvokesyen ke-40
        • UKM Mencungkil Bakat Pendakwah Muda
      • Rencana>
        • Antara Belajar dan Kerja Sambilan
        • BAKAT
        • Cabaran Pelajar Wanita Sebagai Yang di Pertua (YDP) Kolej
        • Demam Gangnam Style
        • Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)
        • Kepentingan Air Masak
        • Khasiat Ulam-ulaman
        • Khazanah Dunia Melayu
        • Pengurusan Kredit Mata Pelajaran
        • Wira Sukan UKM
      • Iklan>
        • Sihat bersama ALSDII
        • Lili Food & Services
        • Busana Muslimah
        • Pick me up
    • Edisi 5>
      • Editorial
      • Berita>
        • iFOLIO
        • Graduate Aptitude Programme UKM 2012: Sambutan Kurang Menggalakkan
        • Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Kolej Pendeta Za’ba
        • Karnival Sukan IPT 2012
        • Kelebihan Pengerang sebagai Terminal Gas dan Minyak
        • Kerevelenan Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Pemenang Pingat Emas SUKIPT 2012
        • Kes Ragut
        • Penambahbaikan Pengurusan Kredit KO-K Tahun Satu
        • Penglibatan Pelajar UKM Dalam Kursus Kemahiran Asas Kaunseling
        • ‘Summer School: Social Rights Project’ : Satu Projek Penggalak Perubahan Positif Hak Sosial
      • Rencana>
        • Bahaya Botol Plastik (BPA)
        • Berhabis Wang Untuk Novel
        • Bersantai di Danau
        • Coklat
        • Hari Interaksi Memupuk Hubungan yang Erat Antara Junior dan Senior
        • Keberkesanan Pengajaran Pensyarah: Pengalaman vs. Pengetahuan
        • Kebersihan Tandas Awam: Kesihatan & Etika
        • Ke Mana Hilangnya Semangat Membaca di Kalangan Pelajar UKM
        • Ketahanan Mental dan Fizikal Dalam Menyiapkan Latihan Ilmiah
        • Klik Dengan Bijak
        • Kursus Kahwin
        • Langkah Pencegahan Samun
        • Meneruskan Pengajian Ke Peringat Sarjana Atau Bekerja?
        • Pendidikan Montessori Dan Pengaplikasiannya Kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
        • Sakit kepala, otot dan tengkuk berpunca dari stress belajar?
        • Tempat latihan industri menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu?
      • Iklan>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
        • 6T's Boutique
    • Edisi 6>
      • Editorial
      • Berita>
        • INTERCULTURAL PARTY KIY
        • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
        • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
        • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
        • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
        • PENTER Season 3 2nd Edition
        • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
        • Hati Anda, Hati MENTION
        • Litar pintas atau Khianat?
        • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
        • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
      • Rencana>
        • Pelajar Asing Dan UKM
        • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
        • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
        • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
        • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
        • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
        • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
        • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
        • LELAKI MEMASAK, COOL
        • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
        • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
        • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
        • Persatuan Anak Negeri di UKM
        • Smartphone? Mobilephone?
        • TWITTER SATU FENOMENA
      • Iklan>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
        • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
        • Shaklee

bahaya botol plastik (bpa)
oleh ng mei qing

Plastik, secara umumnya tidak memberikan sebarang risiko kepada penggunanya. Namun, molekul kimia yang membentuk plastik merupakan ancaman utama kesihatan kita. Molekul kimia yang kecil ini boleh berpindah daripada bekas plastik ke dalam tubuh manusia dalam keadaan tertentu, dan kesan yang minor ini menimbulkan masalah kesihatan yangs serius.

            Bisphenol A juga dikenali dengan singkatannya BPA. Ia adalah sejenis bahan kimia yang terdapat di dalam kandungan plastik polikarbonat (polycarbonate). Polikarbonat ini adalah sejenis plastik yang jernih dan tahan lasak serta keras buatannya. Ia juga banyak digunakan di dalam pelbagai produk pengguna. Sebagai contoh, botol susu, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Barangan pengguna yang mengandungi bahan kimia BPA berbahaya ini dapat melarut dan meresap ke dalam makanan dan minuman kita tanpa kita sedari dan terus memasuki ke dalam badan. Walaupun bahan BPA ini memasuki ke dalam tubuh kita dalam kuantiti yang sedikit namun ia tetap mamberi kesan negatif kepada sistem tubuh.

            Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ianya boleh berlaku. Antaranya adalah disebabkan oleh kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci). Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.

            “Kebelakangan ini terdapat beberapa kes saintifik yang berkaitan kesan BPA kepada  masalah kesihatan manusia yang telah dibuktikan dalam kajian-kajian umpamanya kesan kepada jantung orang dewasa dan penyakit kencing manis, penyakit hati dan yang paling utama sekali fungsi seksual atau fungsi hormon. Jika mempunyai kesan hormon terutamanya kesan astrogen, ia akan mengganggu banyak fungsi dalam badan manusia,” kata Ketua Pusat Kesihatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslan Abdul Jalil.

            Menurut Dr. Roslan, BPA memberi kesan yang sama seperti hormon astrogen tetapi kesan BPA ini tidak sekuat seperti hormon astrogen. Apabila BPA ini menyerupai hormon semula jadi (natural hormone), kesan-kesan hormon semula jadi itu akan menjadi kusut (haywire). Sama ada BPA ini akan menghalang sifat hormon, ataupun BPA ini menjalankan peranan hormon semula jadi untuk pembesaran fungsi badan dan sebagainya.

            “Pendedahan BPA secara berterusan akan memberi kesan kepada janin dalam kandungan wanita atau bayi. Kesan kepada perempuan ialah tahap seksual menjadi matang atau lebih awal daripada sepatutnya. Kesan hormon pada minda pula membawa kesan kepada tingkah laku dan fungsi-fungsi lain dalam pembesaran badan manusia. Kesan pemerhatian kepada lelaki pula adalah terhadap fungsi seksual seperti sperma berkurangan dan fungsi kelelakian menurun. Pemerhatian turut dikesan pada peringkat kanser prostat apabila seseorang itu terdedah kepada BPA secara berlebihan,” katanya.

            Menurut Dr. Roslan, semua benda yang ada dalam kehidupan manusia ini sama ada menjadi toksik atau tidak dikawal oleh badan-badan penguatkuasa dalam setiap negara. Umpamanya yang paling besar dalam negara ialah Amerika FDA atau Food and Drug Administration yang mengawal kandungan pembuatan semua benda yang boleh digunakan oleh rakyat. FDA masih merasakan bahawa BPA adalah  selamat dan tahap kandungan BPA yang ada di dalam bahan plastik keras, bekas makanan, botol minuman, dikawal dan kandungannya terlalu sedikit untuk menjejaskan kesihatan manusia.

            “Tetapi bagi badan-badan perubatan, dan saintis-saintis mengatakan, kemungkinan terdapat kaitan dengan masalah-masalah kesihatan yang disebutkan. Tahap keselamatan yang ditentukan oleh badan kawalan kemungkinan perlu dipantau semula kerana kesan-kesan negatif yang telah dijumpai oleh saintis-saintis,” tambah beliau.

Picture
Botol plastik yang mengandungi BPA selalunya mempunyai nombor 7 tertera di bawah botol tersebut. Namun ini tidak bermakna semua botol plastik bernombor 7 mengandungi BPA kerana nombor 7 bermakna 'lain-lain' jenis plastik. Pastikan kandungannya dirujuk dengan pembuat botol tersebut.
Sumber:
http://sjkckgrajach.blogspot.com/2011/03/info-sihat-apa-itu-bpa-bisphenol.html
Create a free web site with Weebly