• Utama
  • Berita
    • INTERCULTURAL PARTY KIY
    • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
    • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
    • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
    • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
    • PENTER Season 3 2nd Edition
    • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
    • Hati Anda, Hati MENTION
    • Litar pintas atau Khianat?
    • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
    • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
  • Rencana
    • Pelajar Asing Dan UKM
    • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
    • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
    • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
    • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
    • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
    • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
    • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
    • LELAKI MEMASAK, COOL
    • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
    • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
    • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
    • Persatuan Anak Negeri di UKM
    • Smartphone? Mobilephone?
    • TWITTER SATU FENOMENA
  • Iklan
    • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
    • Shaklee
  • Arkib
    • Edisi 4>
      • Editorial
      • Berita>
        • Arus Politik Kampus Kepada Pelajar Baru
        • Bajet 2013: Manfaat atau Bebanan kepada Pelajar?
        • Bangunan Fakulti Undang-undang Moot Baharu
        • Fobia Jarum Bukanlah Alasan Untuk Tidak Menderma Darah
        • INOVASI: Tema Pesta Konvo UKM ke-40
        • Kekurangan Bas Punca Masalah Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar Ukm Tingkatkan Kemahiran
        • Kerja Lapangan dan Dana Yang diperuntukkan
        • Khidmat Bantuan Guaman Percuma di UKM
        • Latihan Ilmiah Tambah Keyakinan Pelajar Untuk Menempuh Dunia Pekerjaan
        • Pelajar Perlu Faham Tujuan Persatuan Diwujudkan
        • Pelajar Perlu Ubah Stereotaip Terhadap Kaunseling
        • Pelajar Sains Aktuari Menang RM500 000 Dalam Program Realiti MyEG
        • Permohonan Eko Niaga
        • UKM Mencatat Sejarah Dengan Menghasilkan 384 Pelajar PhD Pada Konvokesyen ke-40
        • UKM Mencungkil Bakat Pendakwah Muda
      • Rencana>
        • Antara Belajar dan Kerja Sambilan
        • BAKAT
        • Cabaran Pelajar Wanita Sebagai Yang di Pertua (YDP) Kolej
        • Demam Gangnam Style
        • Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)
        • Kepentingan Air Masak
        • Khasiat Ulam-ulaman
        • Khazanah Dunia Melayu
        • Pengurusan Kredit Mata Pelajaran
        • Wira Sukan UKM
      • Iklan>
        • Sihat bersama ALSDII
        • Lili Food & Services
        • Busana Muslimah
        • Pick me up
    • Edisi 5>
      • Editorial
      • Berita>
        • iFOLIO
        • Graduate Aptitude Programme UKM 2012: Sambutan Kurang Menggalakkan
        • Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Kolej Pendeta Za’ba
        • Karnival Sukan IPT 2012
        • Kelebihan Pengerang sebagai Terminal Gas dan Minyak
        • Kerevelenan Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Pemenang Pingat Emas SUKIPT 2012
        • Kes Ragut
        • Penambahbaikan Pengurusan Kredit KO-K Tahun Satu
        • Penglibatan Pelajar UKM Dalam Kursus Kemahiran Asas Kaunseling
        • ‘Summer School: Social Rights Project’ : Satu Projek Penggalak Perubahan Positif Hak Sosial
      • Rencana>
        • Bahaya Botol Plastik (BPA)
        • Berhabis Wang Untuk Novel
        • Bersantai di Danau
        • Coklat
        • Hari Interaksi Memupuk Hubungan yang Erat Antara Junior dan Senior
        • Keberkesanan Pengajaran Pensyarah: Pengalaman vs. Pengetahuan
        • Kebersihan Tandas Awam: Kesihatan & Etika
        • Ke Mana Hilangnya Semangat Membaca di Kalangan Pelajar UKM
        • Ketahanan Mental dan Fizikal Dalam Menyiapkan Latihan Ilmiah
        • Klik Dengan Bijak
        • Kursus Kahwin
        • Langkah Pencegahan Samun
        • Meneruskan Pengajian Ke Peringat Sarjana Atau Bekerja?
        • Pendidikan Montessori Dan Pengaplikasiannya Kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
        • Sakit kepala, otot dan tengkuk berpunca dari stress belajar?
        • Tempat latihan industri menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu?
      • Iklan>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
        • 6T's Boutique
    • Edisi 6>
      • Editorial
      • Berita>
        • INTERCULTURAL PARTY KIY
        • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
        • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
        • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
        • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
        • PENTER Season 3 2nd Edition
        • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
        • Hati Anda, Hati MENTION
        • Litar pintas atau Khianat?
        • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
        • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
      • Rencana>
        • Pelajar Asing Dan UKM
        • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
        • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
        • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
        • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
        • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
        • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
        • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
        • LELAKI MEMASAK, COOL
        • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
        • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
        • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
        • Persatuan Anak Negeri di UKM
        • Smartphone? Mobilephone?
        • TWITTER SATU FENOMENA
      • Iklan>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
        • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
        • Shaklee

CABARAN PELAJAR WANITA SEBAGAI YDP (YANG DI PERTUA) KOLEJ
oleh Nurain binti Mohd Salleh

Secara umumnya, sejak dari dahulu lagi kewibawaan wanita sebagai pemimpin sememangnya sudah kelihatan. Walaupun wanita sering dibayangi oleh cara dan kepimpinan lelaki, namun perlu kita akui golongan wanita juga mampu membuktikan kebolehan mereka mentadbir sama seperti lelaki. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yang Di Pertua (YDP) akan mengetuai kepimpinan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan kolej kediaman masing-masing. Jawatan YDP kolej-kolej kediaman yang ada bukan sahaja disandang oleh kaum lelaki bahkan turut dipegang oleh beberapa pelajar wanita.

          Di UKM, para pelajar telah ditempatkan di kolej-kolej kediaman di sepanjang tempoh pengajian mereka di sana. Penubuhan JAKSA adalah amat perlu bagi melicinkan sistem pengurusan kolej seterusnya membantu pengurusan atasan dari pihak universiti juga. Pada masa kini, pelajar perempuan turut dipilih sebagai YDP untuk memimpin organisasi masing-masing disebabkan faktor-faktor positif yang membolehkan mereka menyandang jawatan penting itu. Beberapa kolej yang dipimpin oleh YDP pelajar perempuan pada sesi kemasukan 2012/2013 seperti Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Tun Syed Nasir, Kolej Dato’ Onn, Kolej Ibu Zain dan Kolej Pendeta Za’ba.

          Kolej Pendeta Za’ba merupakan salah satu kolej yang terbesar di UKM dan dihuni oleh hampir 2000 orang pelajar. Mengikut sejarah kepimpinan JAKSA di kolej itu sendiri, sudah tiga tahun berturut-turut jawatan tertinggi YDP telah disandang oleh pelajar wanita. Pada sesi kali ini, YPD Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) telah disandang oleh Saudari Nurhidayah Mohd Darunai, pelajar tahun tiga Fakulti Sains dan Teknologi program Sains Statistik. Beliau telah terpilih untuk memimpin Jawatankuasa KPZ dan diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menguruskan hal-hal berkaitan kebajikan pelajar, membantu sistem pengurusan KPZ, dan menganjurkan program-program kolej.

          Menurut saudari Hidayah, beliau menyatakan banyak cabaran yang perlu diharungi untuk memimpin sesebuah organisasi lebih-lebih lagi beliau menguruskan antara kolej terbesar di UKM dan mempunyai dua pengurusan kolej iaitu dari pihak pengurusan universiti UKM sendiri dan pihak pengurusan kolej kediaman yang diuruskan oleh Al- Falah Sejati. Beliau sering bermesyuarat untuk memastikan segala pengurusan kolej berjalan lancar untuk kemudahan penghuni kolej tersebut. Bagi beliau, tugas menjadi YDP tidak mudah lebih-lebih lagi beliau yang berada di tahun akhir sebagai pelajar perlu menyiapkan pelbagai tugasan dan tesis pada waktu yang sama.

          Katanya lagi, cabarannya sebagai YDP adalah beliau sendiri perlu berdikari dan memastikan beliau sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan mudah menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi. YDP seharusnya pandai membuat keputusan dan tidak menyebelahi mana-mana pihak untuk kepentingannya sendiri. Beliau terpaksa meluangkan banyak masa untuk menguruskan dan memantau JAKSA-JAKSA kolejnya supaya segala urusan berjalan dengan lancar, teratur dan sentiasa dapat dikawal. Waktu-waktu lapang beliau sentiasa diisi dengan kerja-kerja YDP yang agak banyak demi memastikan kebajikan pelajar KPZ sentiasa dijaga dan aktif.

          Semasa mesyuarat antara YDP-YDP kolej yang lain, beliau berpendapat YDP wanita perlulah sentiasa menonjolkan diri dan menunjukkan kebolehan mereka mengurus kolej masing-masing. Beliau sebagai YDP turut mengalami masalah untuk memberikan arahan kepada JAKSA lelaki lebih-lebih lagi yang sebaya dengannya. Saudari Nurhidayah juga perlu memastikan JAKSA-JAKSA beliau sentiasa mendengar arahan yang telah diberikan dan memastikan organisasinya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tugas sebagai YDP amat berat kerana jika terdapat sebarang kesilapan dalam urusan organisasinya, YDP akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada masalah tersebut.

          Menurut beliau lagi, kelemahan dalam pengurusan JAKSA, YDP wanita akan lebih emosi untuk apa-apa jua situasi berbanding lelaki menyebabkan YDP wanita perlu sentiasa berhati-hati untuk melakukan apa-apa keputusan yang penting. Beliau juga beranggapan, dari segi positif untuk tugasan, YDP wanita akan nampak lebih teliti, terperinci dan teratur berbanding tugas dari YDP lelaki. Walaubagaimanapun, ramai YDP wanita telah menjalankan tugas mereka dengan begitu baik dan seperti yang diharapkan. Bekas-bekas YDP wanita juga terus dingati dengan jasa-jasa mereka semasa melaksanakan tugas mereka dahulu.

          Tugas sebagai YDP bukanlah sesuatu tugas yang mudah dan tugas itu hanya boleh digalas oleh mereka yang benar-benar berkebolehan untuk memastikan organisasi yang dipimpin sentiasa teratur dan berjaya. Bukan sahaja pemimpin dari kaum lelaki, kaum wanita juga sudah menunjukkan kebolehan mereka untuk menjadi memimpin dan membuktikannya dengan adanya  tokoh-tokoh yang telah berjaya dari pelbagai kepimpinan organisasi. Dengan kejayaan-kejayaan yang ada, wanita juga telah menunjukkan kebolehan mereka dan berjaya menjadi pemimpin yang berkebolehan.
Picture
Saudari Hidayah bersama pengetua KPZ Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long pada hari Pendaftaran Minggu Mesra Pelajar sesi 2012/2013.
Create a free web site with Weebly