• Utama
  • Berita
    • INTERCULTURAL PARTY KIY
    • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
    • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
    • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
    • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
    • PENTER Season 3 2nd Edition
    • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
    • Hati Anda, Hati MENTION
    • Litar pintas atau Khianat?
    • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
    • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
  • Rencana
    • Pelajar Asing Dan UKM
    • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
    • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
    • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
    • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
    • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
    • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
    • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
    • LELAKI MEMASAK, COOL
    • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
    • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
    • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
    • Persatuan Anak Negeri di UKM
    • Smartphone? Mobilephone?
    • TWITTER SATU FENOMENA
  • Iklan
    • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
    • Shaklee
  • Arkib
    • Edisi 4>
      • Editorial
      • Berita>
        • Arus Politik Kampus Kepada Pelajar Baru
        • Bajet 2013: Manfaat atau Bebanan kepada Pelajar?
        • Bangunan Fakulti Undang-undang Moot Baharu
        • Fobia Jarum Bukanlah Alasan Untuk Tidak Menderma Darah
        • INOVASI: Tema Pesta Konvo UKM ke-40
        • Kekurangan Bas Punca Masalah Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar Ukm Tingkatkan Kemahiran
        • Kerja Lapangan dan Dana Yang diperuntukkan
        • Khidmat Bantuan Guaman Percuma di UKM
        • Latihan Ilmiah Tambah Keyakinan Pelajar Untuk Menempuh Dunia Pekerjaan
        • Pelajar Perlu Faham Tujuan Persatuan Diwujudkan
        • Pelajar Perlu Ubah Stereotaip Terhadap Kaunseling
        • Pelajar Sains Aktuari Menang RM500 000 Dalam Program Realiti MyEG
        • Permohonan Eko Niaga
        • UKM Mencatat Sejarah Dengan Menghasilkan 384 Pelajar PhD Pada Konvokesyen ke-40
        • UKM Mencungkil Bakat Pendakwah Muda
      • Rencana>
        • Antara Belajar dan Kerja Sambilan
        • BAKAT
        • Cabaran Pelajar Wanita Sebagai Yang di Pertua (YDP) Kolej
        • Demam Gangnam Style
        • Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)
        • Kepentingan Air Masak
        • Khasiat Ulam-ulaman
        • Khazanah Dunia Melayu
        • Pengurusan Kredit Mata Pelajaran
        • Wira Sukan UKM
      • Iklan>
        • Sihat bersama ALSDII
        • Lili Food & Services
        • Busana Muslimah
        • Pick me up
    • Edisi 5>
      • Editorial
      • Berita>
        • iFOLIO
        • Graduate Aptitude Programme UKM 2012: Sambutan Kurang Menggalakkan
        • Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Kolej Pendeta Za’ba
        • Karnival Sukan IPT 2012
        • Kelebihan Pengerang sebagai Terminal Gas dan Minyak
        • Kerevelenan Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Pemenang Pingat Emas SUKIPT 2012
        • Kes Ragut
        • Penambahbaikan Pengurusan Kredit KO-K Tahun Satu
        • Penglibatan Pelajar UKM Dalam Kursus Kemahiran Asas Kaunseling
        • ‘Summer School: Social Rights Project’ : Satu Projek Penggalak Perubahan Positif Hak Sosial
      • Rencana>
        • Bahaya Botol Plastik (BPA)
        • Berhabis Wang Untuk Novel
        • Bersantai di Danau
        • Coklat
        • Hari Interaksi Memupuk Hubungan yang Erat Antara Junior dan Senior
        • Keberkesanan Pengajaran Pensyarah: Pengalaman vs. Pengetahuan
        • Kebersihan Tandas Awam: Kesihatan & Etika
        • Ke Mana Hilangnya Semangat Membaca di Kalangan Pelajar UKM
        • Ketahanan Mental dan Fizikal Dalam Menyiapkan Latihan Ilmiah
        • Klik Dengan Bijak
        • Kursus Kahwin
        • Langkah Pencegahan Samun
        • Meneruskan Pengajian Ke Peringat Sarjana Atau Bekerja?
        • Pendidikan Montessori Dan Pengaplikasiannya Kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
        • Sakit kepala, otot dan tengkuk berpunca dari stress belajar?
        • Tempat latihan industri menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu?
      • Iklan>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
        • 6T's Boutique
    • Edisi 6>
      • Editorial
      • Berita>
        • INTERCULTURAL PARTY KIY
        • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
        • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
        • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
        • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
        • PENTER Season 3 2nd Edition
        • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
        • Hati Anda, Hati MENTION
        • Litar pintas atau Khianat?
        • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
        • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
      • Rencana>
        • Pelajar Asing Dan UKM
        • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
        • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
        • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
        • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
        • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
        • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
        • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
        • LELAKI MEMASAK, COOL
        • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
        • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
        • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
        • Persatuan Anak Negeri di UKM
        • Smartphone? Mobilephone?
        • TWITTER SATU FENOMENA
      • Iklan>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
        • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
        • Shaklee

Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
NURAIN BINTI DAUD 


Persoalan yang kerap berlegar di dalam minda setiap graduan ialah antara makan gaji vs kerja sendiri, yang mana satu harus dipilih? Jawapannya amat bergantung kepada apa yang diingini kerana setiap pilihan mempunyai pro dan kontra. Ya, ramai orang yang memilih kerja berdasarkan minat dan kelayakan mereka. Namun, terdapat juga  graduan yang menceburi bidang yang berbeza sekali dengan kelayakan mereka. Kita diberi pilihan dan setiap orang berhak memilih sesuatu untuk kebaikan diri sendiri bagi jangka masa panjang.

Menurut Siti Abidah Hussien yang merupakan graduan daripada Universiti Malaya dari Jurusan Kesusasteraan, beliau lebih cenderung untuk bekerja sendiri daripada makan gaji. Keputusan yang diambil beliau untuk bekerja sendiri adalah disebabkan oleh sikapnya yang tidak suka diarah oleh sesiapa serta minat terhadap bidang perniagaan. Beliau telah menceburi diri dalam perniagaan biskut dan kek yang dijalankan secara kecil-kecilan dan beroperasi di rumah sahaja. Menurut beliau lagi, walaupun terdapat halangan daripada ahli keluarga, namun kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan pada ketika itu telah mendorongnya untuk menjalankan perniagaan tersebut.

Selain itu, Siti Abidah juga berkata bahawa terdapat kesukaran yang terpaksa dihadapi olehnya ketika mula-mula berjinak dalam bidang perniagaan seperti ditipu oleh pelanggan. Menurutnya, terdapat pelanggan yang tidak dapat mengambil tempahan pada saat-saat akhir dan ini menyebabkan kerugian kepadanya. Namun, beliau menganggap perkara tersebut merupakan pembakar semangat untuknya terus  berusaha dalam perniagaan tersebut. Berkat kesabarannya, beliau berjaya dalam perniagaannya dan telah hampir dua tahun perniagaannya beroperasi.

Berlainan pula kepada Nora Faten Abdul Aziz yang bekerja makan gaji daripada bekerja sendiri. Beliau memberi pandangan bahawa bekerja makan gaji semestinya memberi cabaran kepada sesiapa sahaja untuk menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan dan amat membebankan diri kerana kadang-kala tiada masa untuk diri sendiri akibat daripada sibuk bekerja. Menurutnya, bekerja makan gaji telah memberi banyak pengalaman pahit manis kepadanya sepanjang dua tahun bekerja di syarikat IT. Melalui kerja-kerja yang dilakukan, beliau dapat mengenali kawan-kawan baru serta mempelajari karenah-karenah orang atasan yang kadang-kala amat cerewat dalam kerja mereka. Perkara yang paling dinantikan adalah ketika bayaran gaji atau bonus tambahan.

Saudari Nora turut memberi nasihat iaitu tidak terlalu memilih kerja yang sesuai dengan kita kerana alam pekerjaan dapat memberi pengalaman yang berguna kepada kita sebelum bekerja dalam bidang yang kita pilih. Peluang pekerjaan yang datang kepada kita seharusnya diambil untuk dijadikan pengalaman serta panduan kepada kita.

Create a free web site with Weebly