• Utama
  • Berita
    • INTERCULTURAL PARTY KIY
    • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
    • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
    • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
    • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
    • PENTER Season 3 2nd Edition
    • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
    • Hati Anda, Hati MENTION
    • Litar pintas atau Khianat?
    • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
    • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
  • Rencana
    • Pelajar Asing Dan UKM
    • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
    • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
    • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
    • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
    • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
    • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
    • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
    • LELAKI MEMASAK, COOL
    • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
    • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
    • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
    • Persatuan Anak Negeri di UKM
    • Smartphone? Mobilephone?
    • TWITTER SATU FENOMENA
  • Iklan
    • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
    • Shaklee
  • Arkib
    • Edisi 4>
      • Editorial
      • Berita>
        • Arus Politik Kampus Kepada Pelajar Baru
        • Bajet 2013: Manfaat atau Bebanan kepada Pelajar?
        • Bangunan Fakulti Undang-undang Moot Baharu
        • Fobia Jarum Bukanlah Alasan Untuk Tidak Menderma Darah
        • INOVASI: Tema Pesta Konvo UKM ke-40
        • Kekurangan Bas Punca Masalah Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar Ukm Tingkatkan Kemahiran
        • Kerja Lapangan dan Dana Yang diperuntukkan
        • Khidmat Bantuan Guaman Percuma di UKM
        • Latihan Ilmiah Tambah Keyakinan Pelajar Untuk Menempuh Dunia Pekerjaan
        • Pelajar Perlu Faham Tujuan Persatuan Diwujudkan
        • Pelajar Perlu Ubah Stereotaip Terhadap Kaunseling
        • Pelajar Sains Aktuari Menang RM500 000 Dalam Program Realiti MyEG
        • Permohonan Eko Niaga
        • UKM Mencatat Sejarah Dengan Menghasilkan 384 Pelajar PhD Pada Konvokesyen ke-40
        • UKM Mencungkil Bakat Pendakwah Muda
      • Rencana>
        • Antara Belajar dan Kerja Sambilan
        • BAKAT
        • Cabaran Pelajar Wanita Sebagai Yang di Pertua (YDP) Kolej
        • Demam Gangnam Style
        • Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)
        • Kepentingan Air Masak
        • Khasiat Ulam-ulaman
        • Khazanah Dunia Melayu
        • Pengurusan Kredit Mata Pelajaran
        • Wira Sukan UKM
      • Iklan>
        • Sihat bersama ALSDII
        • Lili Food & Services
        • Busana Muslimah
        • Pick me up
    • Edisi 5>
      • Editorial
      • Berita>
        • iFOLIO
        • Graduate Aptitude Programme UKM 2012: Sambutan Kurang Menggalakkan
        • Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Kolej Pendeta Za’ba
        • Karnival Sukan IPT 2012
        • Kelebihan Pengerang sebagai Terminal Gas dan Minyak
        • Kerevelenan Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Pemenang Pingat Emas SUKIPT 2012
        • Kes Ragut
        • Penambahbaikan Pengurusan Kredit KO-K Tahun Satu
        • Penglibatan Pelajar UKM Dalam Kursus Kemahiran Asas Kaunseling
        • ‘Summer School: Social Rights Project’ : Satu Projek Penggalak Perubahan Positif Hak Sosial
      • Rencana>
        • Bahaya Botol Plastik (BPA)
        • Berhabis Wang Untuk Novel
        • Bersantai di Danau
        • Coklat
        • Hari Interaksi Memupuk Hubungan yang Erat Antara Junior dan Senior
        • Keberkesanan Pengajaran Pensyarah: Pengalaman vs. Pengetahuan
        • Kebersihan Tandas Awam: Kesihatan & Etika
        • Ke Mana Hilangnya Semangat Membaca di Kalangan Pelajar UKM
        • Ketahanan Mental dan Fizikal Dalam Menyiapkan Latihan Ilmiah
        • Klik Dengan Bijak
        • Kursus Kahwin
        • Langkah Pencegahan Samun
        • Meneruskan Pengajian Ke Peringat Sarjana Atau Bekerja?
        • Pendidikan Montessori Dan Pengaplikasiannya Kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
        • Sakit kepala, otot dan tengkuk berpunca dari stress belajar?
        • Tempat latihan industri menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu?
      • Iklan>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
        • 6T's Boutique
    • Edisi 6>
      • Editorial
      • Berita>
        • INTERCULTURAL PARTY KIY
        • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
        • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
        • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
        • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
        • PENTER Season 3 2nd Edition
        • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
        • Hati Anda, Hati MENTION
        • Litar pintas atau Khianat?
        • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
        • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
      • Rencana>
        • Pelajar Asing Dan UKM
        • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
        • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
        • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
        • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
        • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
        • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
        • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
        • LELAKI MEMASAK, COOL
        • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
        • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
        • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
        • Persatuan Anak Negeri di UKM
        • Smartphone? Mobilephone?
        • TWITTER SATU FENOMENA
      • Iklan>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
        • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
        • Shaklee

langkah pencegahan samun
oleh muhammad nazmi a razak


Sejak kebelakangan ini masalah berkaitan samun semakin menjadi-jadi dan berlaku di kawasan kampus. Hal ini menyebabkan tahap keselamatan di kawasan kampus ini telah diragui dan menimbulkan tanda tanya kepada kebanyakan golongan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Masalah sebegini harus ditangani segera kerana dikhuatiri akan menganggu para pelajar dan seluruh warga UKM sama ada dari segi aspek fizikal mahupun psikologi. Apakah sebenarnya yang telah terjadi dengan peranan pihak pengurusan keselamatan? Hal ini tidak boleh dipandang ringan kerana secara langsung atau pun tidak kesejahteraan pelajar dan keseluruhan warga UKM ini memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.

            Perkara ini telah dirujuk kepada pihak berwajib di dalam hal ini iaitu Bahagian Keselamatan Jabatan Pendaftar UKM. Hasil daripada pertemuan ini, Pegawai Keselamatan Kanan Bahagian Keselamatan UKM iaitu Lt. Saidi Maarop TLDM (B) telah menjelaskan pelbagai perkara yang boleh merungkai dan membantu meringankan serba-sedikit berkaitan permasalahan yang kini sedang melanda para mahasiswa dan mahasiswi UKM.

            Pertamanya, beliau menjelaskan bahawa permasalahan kes-kes sebegini sebenarnya adalah sesuatu yang baru dalam kalangan warga UKM. Kata beliau “ini adalah cerita baru”. Tambah Encik  Lt. Saidi (B) lagi, penyamun ini makin setapak maju ke hadapan dibuktikan dengan beberapa siri kejadian yang berlaku dengan selang jarak masa yang pantas. Hal ini dipengaruhi oleh faktor keberanian si pelaku jenayah terbabit.

            Seterusnya, Encik  Lt. Saidi (B) menegaskan bahawa pihaknya tidak berdiam diri dengan masalah ini malahan telah memberi respon dengan melakukan pelbagai usaha bagi mencegah perbuatan jenayah tidak bermoral ini. Pihak mereka telah membahagikan beberapa anggota bagi melakukan penyamaran dengan berpakaian biasa di beberapa tempat yang dianggap sebagai kawasan jangkaan. Pemeriksaan di laluan keluar masuk UKM juga telah diperketatkan secara berkala terutamanya bagi yang bermotosikal. Hal ini didorong oleh kebanyakan kes dilakukan oleh penjenayah bermotosikal. Pemeriksaan individu pula akan dikenal-pasti melalui kad matrik, pas pelawat dan pas pekerja. Oleh itu, warga UKM dinasihatkan supaya sentiasa memakai kad-kad tersebut supaya memudahkan urusan jika anda diperiksa. Selain langkah-langkah tersebut, pihak keselamatan juga telah meletakkan seorang anggota bagi setiap kolej untuk mencegah kejadian yang tidak diingini dengan lebih pantas dan cekap.

            Ulas beliau lagi, keselamatan dan kesejahteraan UKM juga haruslah dipikul bersama-sama dengan para pelajar dan seluruh warga UKM kerana kekuatan anggota Bahagian Keselamatan UKM yang hanya berjumlah 140 orang mungkin tidak mampu untuk menjaga keseluruhan warga UKM yang berjumlah beribu-ribu, maka, pelajar juga digalakkan mengambil inisiatif dalam menjaga diri, harta dan sebagainya.

            Encik  Lt. Saidi (B) juga sempat berpesan bahawa para pelajar juga harus sentiasa berada di dalam keadaan berwaspada dan jangan terlalu mempercayai orang di sekeliling seterusnya, menanamkan sifat sentiasa mencurigai secara berpada-pada. Beliau juga mengingatkan para pelajar supaya tidak berjalan secara berseorangan kerana situasi ini akan memudahkan lagi anda menjadi sasaran penjenayah terbabit. Jika anda menjadi mangsa pula, anda dinasihati supaya bertindak mengikut keadaan. Keselamatan diri harus diutamakan. Jika anda berasa selamat untuk menjerit atau melawan, anda boleh lakukan, tetapi jika sebaliknya, sila berada dalam keadaan bertenang, cuba untuk menghafal dan mengingati maklumat si penjenayah seperti rupa, pakaian, jenis dan nombor pendaftaran kenderaan dan sebagainya.

            Di akhir perbualan, Encik  Lt. Saidi (B) yang sentiasa begitu mesra dan tidak lekang dengan senyuman ini sempat memberikan nombor telefon untuk dihubungi 24 jam dan seharusnya ada pada setiap warga UKM bagi membuat aduan, melaporkan sesuatu, memberi komen serta cadangan dan sebagainya.

Picture
Create a free web site with Weebly