• Utama
  • Berita
    • INTERCULTURAL PARTY KIY
    • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
    • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
    • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
    • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
    • PENTER Season 3 2nd Edition
    • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
    • Hati Anda, Hati MENTION
    • Litar pintas atau Khianat?
    • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
    • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
  • Rencana
    • Pelajar Asing Dan UKM
    • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
    • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
    • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
    • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
    • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
    • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
    • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
    • LELAKI MEMASAK, COOL
    • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
    • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
    • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
    • Persatuan Anak Negeri di UKM
    • Smartphone? Mobilephone?
    • TWITTER SATU FENOMENA
  • Iklan
    • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
    • Shaklee
  • Arkib
    • Edisi 4>
      • Editorial
      • Berita>
        • Arus Politik Kampus Kepada Pelajar Baru
        • Bajet 2013: Manfaat atau Bebanan kepada Pelajar?
        • Bangunan Fakulti Undang-undang Moot Baharu
        • Fobia Jarum Bukanlah Alasan Untuk Tidak Menderma Darah
        • INOVASI: Tema Pesta Konvo UKM ke-40
        • Kekurangan Bas Punca Masalah Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar Ukm Tingkatkan Kemahiran
        • Kerja Lapangan dan Dana Yang diperuntukkan
        • Khidmat Bantuan Guaman Percuma di UKM
        • Latihan Ilmiah Tambah Keyakinan Pelajar Untuk Menempuh Dunia Pekerjaan
        • Pelajar Perlu Faham Tujuan Persatuan Diwujudkan
        • Pelajar Perlu Ubah Stereotaip Terhadap Kaunseling
        • Pelajar Sains Aktuari Menang RM500 000 Dalam Program Realiti MyEG
        • Permohonan Eko Niaga
        • UKM Mencatat Sejarah Dengan Menghasilkan 384 Pelajar PhD Pada Konvokesyen ke-40
        • UKM Mencungkil Bakat Pendakwah Muda
      • Rencana>
        • Antara Belajar dan Kerja Sambilan
        • BAKAT
        • Cabaran Pelajar Wanita Sebagai Yang di Pertua (YDP) Kolej
        • Demam Gangnam Style
        • Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)
        • Kepentingan Air Masak
        • Khasiat Ulam-ulaman
        • Khazanah Dunia Melayu
        • Pengurusan Kredit Mata Pelajaran
        • Wira Sukan UKM
      • Iklan>
        • Sihat bersama ALSDII
        • Lili Food & Services
        • Busana Muslimah
        • Pick me up
    • Edisi 5>
      • Editorial
      • Berita>
        • iFOLIO
        • Graduate Aptitude Programme UKM 2012: Sambutan Kurang Menggalakkan
        • Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Kolej Pendeta Za’ba
        • Karnival Sukan IPT 2012
        • Kelebihan Pengerang sebagai Terminal Gas dan Minyak
        • Kerevelenan Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Pemenang Pingat Emas SUKIPT 2012
        • Kes Ragut
        • Penambahbaikan Pengurusan Kredit KO-K Tahun Satu
        • Penglibatan Pelajar UKM Dalam Kursus Kemahiran Asas Kaunseling
        • ‘Summer School: Social Rights Project’ : Satu Projek Penggalak Perubahan Positif Hak Sosial
      • Rencana>
        • Bahaya Botol Plastik (BPA)
        • Berhabis Wang Untuk Novel
        • Bersantai di Danau
        • Coklat
        • Hari Interaksi Memupuk Hubungan yang Erat Antara Junior dan Senior
        • Keberkesanan Pengajaran Pensyarah: Pengalaman vs. Pengetahuan
        • Kebersihan Tandas Awam: Kesihatan & Etika
        • Ke Mana Hilangnya Semangat Membaca di Kalangan Pelajar UKM
        • Ketahanan Mental dan Fizikal Dalam Menyiapkan Latihan Ilmiah
        • Klik Dengan Bijak
        • Kursus Kahwin
        • Langkah Pencegahan Samun
        • Meneruskan Pengajian Ke Peringat Sarjana Atau Bekerja?
        • Pendidikan Montessori Dan Pengaplikasiannya Kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
        • Sakit kepala, otot dan tengkuk berpunca dari stress belajar?
        • Tempat latihan industri menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu?
      • Iklan>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
        • 6T's Boutique
    • Edisi 6>
      • Editorial
      • Berita>
        • INTERCULTURAL PARTY KIY
        • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
        • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
        • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
        • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
        • PENTER Season 3 2nd Edition
        • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
        • Hati Anda, Hati MENTION
        • Litar pintas atau Khianat?
        • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
        • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
      • Rencana>
        • Pelajar Asing Dan UKM
        • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
        • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
        • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
        • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
        • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
        • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
        • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
        • LELAKI MEMASAK, COOL
        • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
        • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
        • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
        • Persatuan Anak Negeri di UKM
        • Smartphone? Mobilephone?
        • TWITTER SATU FENOMENA
      • Iklan>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
        • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
        • Shaklee

FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
RABI’ATUL ADAWIYAH BINTI CHE ISMAIL

Picture
Tahukah anda maklumat yang berkaitan dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia? Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang fakulti ini, mari kita menerokai maklumat yang telah disediakan.



Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (FSSK) ditubuhkan pada 15 November 2001, hasil daripada penstrukturan semula tiga fakulti rumpun sains sosial iaitu  Fakulti Sains Kemasyarakatan dan  Kemanusiaan, Fakulti Sains Pembangunan dan Fakulti Pengajian Bahasa.

Di bawah fakulti-fakulti ini terdapat enam pusat pengajian iaitu Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategik dan pusat pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran.



Kedudukan fakulti ini sangat strategik berbanding fakulti-fakulti yang lain. Hal ini kerana ia berhampiran bangunan Pusanika, Canselori, Perpustakaan Tun Seri Lanang dan kolej-kolej kediamaan. Perkara ini banyak memberi kemudahan kepada para pelajar untuk berurusan dan berulang alik di antara kolej dan Fakulti. Menurut Aini Binti Sharif, beliau hanya berjalan kaki dari Kolej Ibrahim Yaakub ke fakulti. Masa yang diambil untuk sampai ke kelas hanya tujuh minit sahaja. Oleh itu, beliau tidak perlu menunggu bas untuk kembali ke kolej kediaman.



Tahukah anda di mana letaknya Galeri Litograf,Karikatur dan Manuskrip?, Ia terletak di atas pejabat kedekanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).  Ruang kecil ini menyimpan banyak khazanah melayu dari zaman penjajah Belanda  hinggalah Tanah Melayu mengecapi kemerdekaan. Galeri ini menjadi simbolik kepada Fakulti FSSK kerana galeri ini akan menjadi salah satu tempat tarikan apabila pelawat  melawat ke FSSK.

Menurut, Ku Basyirah Binti Ku Yacoob daripada Pusat Psikologi dan Pembangunan Manusia. Beliau sangat teruja apabila pertama kali memasuki galeri tersebut. Banyak yang dapat dipelajari tentang sejarah Malaysia sepanjang berada di dalam galeri itu.  Ini menambahkan lagi rasa cinta beliau terhadap negara. Beliau mengatakan  pelajar terutamanya dari fakulti ini yang tidak pernah mengunjunginya akan mengalami kerugian yang sangat besar.

Selain itu juga, banyak dewan dan bilik kuliah yang disediakan bagi kemudahan tempat menimba ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar. Malah pelajar juga boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Contohnya dewan kuliah 3B301 telah digunakan bagi program Ummah Talk. Program ini selalu diadakan pada setiap minggu dengan membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan keagamaan. Program ini bukan sahaja dibuka untuk pelajar FSSK sahaja tetapi kepada semua pelajar UKM. Malah orang luar juga boleh datang untuk menyertai program tersebut.

Nurain binti Rahman dari Falkulti Sains dan Teknologi berkata semenjak adanya program tersebut, beliau selalu ke FSSK untuk menghadiri program yang dianjurkan, Ini menunjukkan program seperti ini boleh menjadi simbolik untuk FSSK disamping dapat memperkenalkan fakulti ini kepada pelajar dari fakulti lain dan masyarakat luar. 

Mungkin tidak ramai yang mengetahui Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mempunyai satu ruang pameran pakaian melayu tradisional atau lebih dikenali sebagai Balai Busana Melayu. Balai Busana ini mempamerkan pakaian melayu yang begitu unik. Selain busana-busana melayu, alat-alat perhiasan juga turut dipamerkan seperti Destar Telepuk, tudung saji, tikar mengkuang, dan banyak lagi.



Kemudahan lain turut disediakan oleh fakulti ini kepada para pelajar ialah ruang belajar. Ruang ini menyediakan meja dan kerusi di sepanjang lorong atau ruang yang terdapat di fakulti ini bertujuan memudahkan pelajar-pelajar berbincang serta melakukan sebarang tugasan. Selain itu, kemudahan surau, tandas, kedai fotostat juga turut disediakan.

Oleh itu, setiap pelajar perlulah menggunakan kemudahan yang telah di sediakan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dengan sebaik mungkin disamping mengharumkan nama fakulti ini.

Create a free web site with Weebly