• Utama
  • Berita
    • INTERCULTURAL PARTY KIY
    • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
    • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
    • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
    • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
    • PENTER Season 3 2nd Edition
    • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
    • Hati Anda, Hati MENTION
    • Litar pintas atau Khianat?
    • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
    • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
  • Rencana
    • Pelajar Asing Dan UKM
    • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
    • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
    • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
    • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
    • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
    • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
    • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
    • LELAKI MEMASAK, COOL
    • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
    • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
    • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
    • Persatuan Anak Negeri di UKM
    • Smartphone? Mobilephone?
    • TWITTER SATU FENOMENA
  • Iklan
    • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
    • Shaklee
  • Arkib
    • Edisi 4>
      • Editorial
      • Berita>
        • Arus Politik Kampus Kepada Pelajar Baru
        • Bajet 2013: Manfaat atau Bebanan kepada Pelajar?
        • Bangunan Fakulti Undang-undang Moot Baharu
        • Fobia Jarum Bukanlah Alasan Untuk Tidak Menderma Darah
        • INOVASI: Tema Pesta Konvo UKM ke-40
        • Kekurangan Bas Punca Masalah Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar Ukm Tingkatkan Kemahiran
        • Kerja Lapangan dan Dana Yang diperuntukkan
        • Khidmat Bantuan Guaman Percuma di UKM
        • Latihan Ilmiah Tambah Keyakinan Pelajar Untuk Menempuh Dunia Pekerjaan
        • Pelajar Perlu Faham Tujuan Persatuan Diwujudkan
        • Pelajar Perlu Ubah Stereotaip Terhadap Kaunseling
        • Pelajar Sains Aktuari Menang RM500 000 Dalam Program Realiti MyEG
        • Permohonan Eko Niaga
        • UKM Mencatat Sejarah Dengan Menghasilkan 384 Pelajar PhD Pada Konvokesyen ke-40
        • UKM Mencungkil Bakat Pendakwah Muda
      • Rencana>
        • Antara Belajar dan Kerja Sambilan
        • BAKAT
        • Cabaran Pelajar Wanita Sebagai Yang di Pertua (YDP) Kolej
        • Demam Gangnam Style
        • Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)
        • Kepentingan Air Masak
        • Khasiat Ulam-ulaman
        • Khazanah Dunia Melayu
        • Pengurusan Kredit Mata Pelajaran
        • Wira Sukan UKM
      • Iklan>
        • Sihat bersama ALSDII
        • Lili Food & Services
        • Busana Muslimah
        • Pick me up
    • Edisi 5>
      • Editorial
      • Berita>
        • iFOLIO
        • Graduate Aptitude Programme UKM 2012: Sambutan Kurang Menggalakkan
        • Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Kolej Pendeta Za’ba
        • Karnival Sukan IPT 2012
        • Kelebihan Pengerang sebagai Terminal Gas dan Minyak
        • Kerevelenan Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Pemenang Pingat Emas SUKIPT 2012
        • Kes Ragut
        • Penambahbaikan Pengurusan Kredit KO-K Tahun Satu
        • Penglibatan Pelajar UKM Dalam Kursus Kemahiran Asas Kaunseling
        • ‘Summer School: Social Rights Project’ : Satu Projek Penggalak Perubahan Positif Hak Sosial
      • Rencana>
        • Bahaya Botol Plastik (BPA)
        • Berhabis Wang Untuk Novel
        • Bersantai di Danau
        • Coklat
        • Hari Interaksi Memupuk Hubungan yang Erat Antara Junior dan Senior
        • Keberkesanan Pengajaran Pensyarah: Pengalaman vs. Pengetahuan
        • Kebersihan Tandas Awam: Kesihatan & Etika
        • Ke Mana Hilangnya Semangat Membaca di Kalangan Pelajar UKM
        • Ketahanan Mental dan Fizikal Dalam Menyiapkan Latihan Ilmiah
        • Klik Dengan Bijak
        • Kursus Kahwin
        • Langkah Pencegahan Samun
        • Meneruskan Pengajian Ke Peringat Sarjana Atau Bekerja?
        • Pendidikan Montessori Dan Pengaplikasiannya Kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
        • Sakit kepala, otot dan tengkuk berpunca dari stress belajar?
        • Tempat latihan industri menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu?
      • Iklan>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
        • 6T's Boutique
    • Edisi 6>
      • Editorial
      • Berita>
        • INTERCULTURAL PARTY KIY
        • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
        • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
        • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
        • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
        • PENTER Season 3 2nd Edition
        • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
        • Hati Anda, Hati MENTION
        • Litar pintas atau Khianat?
        • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
        • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
      • Rencana>
        • Pelajar Asing Dan UKM
        • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
        • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
        • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
        • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
        • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
        • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
        • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
        • LELAKI MEMASAK, COOL
        • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
        • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
        • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
        • Persatuan Anak Negeri di UKM
        • Smartphone? Mobilephone?
        • TWITTER SATU FENOMENA
      • Iklan>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
        • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
        • Shaklee

ketahanan mental dan fizikal dalam menyiapkan latihan ilmiah
oleh siti rasyidah nordin


Tesis atau latihan ilmiah merupakan satu tugasan yang perlu dilaksanakan oleh seorang pelajar bagi menyempurnakan sesi pembelajaran sepanjang di universiti. Namun, proses untuk menyiapkannya bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut Dr. Ali Salman yang merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (PPMK), pelajar mestilah mengetahui terlebih dahulu tajuk kajian yang ingin dilaksanakan serta mengenal pasti terlebih dahulu sama ada tajuk yang dipilih itu mempunyai banyak maklumat ataupun tidak bagi memudahkan pelajar itu sendiri.

            Antara ciri tesis ialah berfokus kepada isu yang hendak dikupas dengan lebih luas dalam kajian yang dijalankan oleh seseorang pelajar itu. Isu tersebut mestilah berkaitan dengan ilmu-ilmu yang telah dipelajari oleh seseorang mahasiswa itu sepanjang berada di universiti. Seterusnya, proses membuat tesis juga adalah satu proses pengujian empirikal terhadap teori-teori tertentu yang digunakan di dalam kajian yang dijalankan.

(Sumber : http://ilvandri.wordpress.com/tag/pengertian-tesis/)

            Menurut Dr. Ali Salman lagi, dalam menyiapkan tesis atau latihan ilmiah, ianya memerlukan beberapa persediaan dari segi fizikal dan mental seseorang pelajar. Beliau sendiri sedang menyelia tesis untuk dua orang pelajar PhD, tiga orang pelajar Sarjana, dan enam orang pelajar prasiswazah. “Perkara pertama yang perlu ada pada seseorang pelajar sebagai persediaan membuat tesis atau latihan ilmiah ialah disiplin diri. Pelajar tersebut perlulah mendisiplinkan diri dalam membahagikan masa antara tugasan yang diberi dengan perkara-perkara yang lain,” menurut beliau lagi.

            Seterusnya, pelajar mestilah banyak membaca mengenai isu yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Persediaan seterusnya yang dikongsi oleh beliau ialah pelajar tersebut haruslah kerap berjumpa dengan penyelia tesis masing-masing supaya dapat membuat perbincangan dengan penyelia dalam proses menyiapkan tesis. Menurut Dr. Ali, perbincangan yang berterusan antara pelajar dengan penyelia tesis akan dapat memberikan dorongan dan tunjuk ajar kepada pelajar itu sendiri. Secara keseluruhannya, seseorang pelajar itu tidak boleh berputus asa walaupun menghadapi pelbagai masalah dalam menyiapkan tesis atau latihan ilmiah.

            Bagi pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan Islam ini pula, Nur Ashuha Abdul Hamid, 22 tahun, yang pernah membuat tesis ketika mengambil Diploma di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), beliau mempunyai banyak pengalaman pahit dan manis dalam proses menyiapkan tesis beliau. Menurut beliau, sebenarnya hendak mencari tajuk yang sesuai dan rasional agak susah dalam jurusan syariah. “Persediaan dari segi mental bagi menyiapkan tesis antaranya ialah, seseorang pelajar itu haruslah berkorban dari segi masa untuk berehat dan masa untuk balik ke kampung. Berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T juga merupakan salah satu kunci yang paling utama supaya dipermudahkan dalam setiap urusan menyiapkan tesis,” menurut beliau lagi.

            Dari segi fizikal pula, beliau menasihati agar seseorang pelajar yang ingin menyiapkan tesis perlulah rajin pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan rujukan, tidak kisah untuk membelanjakan duit yang banyak untuk tesis, dan tidak berasa malu untuk mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai. Beliau sendiri terpaksa mengambil semester pendek (short semester) bagi menyiapkan sepenuhnya tesis beliau kerana masa sangat terhad ketika semester biasa berlangsung akibat kelas yang masih banyak ketika itu.

            Bagi Mohd Hakimi Ismail, 23 tahun yang kini seorang guru sekolah agama pula mengatakan, ketika membuat tesis seseorang pelajar itu perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran yang diberikan oleh penyelia tesis. Beliau terpaksa mengambil semester pendek bagi menyiapkan tesis beliau. Beliau memastikan agar beliau mempunyai masa yang lebih untuk meneliti, seterusnya menyiapkan setiap bahagian dalam tesis beliau semasa mengambil Diploma Syariah di KUIS dahulu. Tambah beliau lagi, beliau seakan tidak percaya apabila sudah menyiapkan satu jilid tesis bagi menyempurnakan pembelajaran diploma beliau semasa di KUIS.

            Akhir sekali, Dr. Ali Salman menyenaraikan beberapa kebaikan membuat tesis atau latihan ilmiah kepada pelajar. Antaranya latihan ilmiah memberi pendedahan kepada pelajar prasiswazah terutamanya dalam cara membuat kajian yang sebenar dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Seterusnya, latihan ilmiah atau tesis akan mempermudahkan seseorang pelajar itu jika mereka ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti sarjana atau PhD. Beliau juga menasihati supaya pelajar haruslah memberi tumpuan yang mendalam dalam menyiapkan tesis serta perlu menganggapnya sesuatu yang wajib seperti pergi ke kelas untuk kuliah.  

Sumber : http://ilvandri.wordpress.com/tag/pengertian-tesis/

Picture
cik 'ashuha
Picture
en hakim
Create a free web site with Weebly