• Utama
  • Berita
    • INTERCULTURAL PARTY KIY
    • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
    • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
    • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
    • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
    • PENTER Season 3 2nd Edition
    • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
    • Hati Anda, Hati MENTION
    • Litar pintas atau Khianat?
    • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
    • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
  • Rencana
    • Pelajar Asing Dan UKM
    • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
    • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
    • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
    • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
    • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
    • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
    • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
    • LELAKI MEMASAK, COOL
    • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
    • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
    • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
    • Persatuan Anak Negeri di UKM
    • Smartphone? Mobilephone?
    • TWITTER SATU FENOMENA
  • Iklan
    • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
    • Shaklee
  • Arkib
    • Edisi 4>
      • Editorial
      • Berita>
        • Arus Politik Kampus Kepada Pelajar Baru
        • Bajet 2013: Manfaat atau Bebanan kepada Pelajar?
        • Bangunan Fakulti Undang-undang Moot Baharu
        • Fobia Jarum Bukanlah Alasan Untuk Tidak Menderma Darah
        • INOVASI: Tema Pesta Konvo UKM ke-40
        • Kekurangan Bas Punca Masalah Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar Ukm Tingkatkan Kemahiran
        • Kerja Lapangan dan Dana Yang diperuntukkan
        • Khidmat Bantuan Guaman Percuma di UKM
        • Latihan Ilmiah Tambah Keyakinan Pelajar Untuk Menempuh Dunia Pekerjaan
        • Pelajar Perlu Faham Tujuan Persatuan Diwujudkan
        • Pelajar Perlu Ubah Stereotaip Terhadap Kaunseling
        • Pelajar Sains Aktuari Menang RM500 000 Dalam Program Realiti MyEG
        • Permohonan Eko Niaga
        • UKM Mencatat Sejarah Dengan Menghasilkan 384 Pelajar PhD Pada Konvokesyen ke-40
        • UKM Mencungkil Bakat Pendakwah Muda
      • Rencana>
        • Antara Belajar dan Kerja Sambilan
        • BAKAT
        • Cabaran Pelajar Wanita Sebagai Yang di Pertua (YDP) Kolej
        • Demam Gangnam Style
        • Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)
        • Kepentingan Air Masak
        • Khasiat Ulam-ulaman
        • Khazanah Dunia Melayu
        • Pengurusan Kredit Mata Pelajaran
        • Wira Sukan UKM
      • Iklan>
        • Sihat bersama ALSDII
        • Lili Food & Services
        • Busana Muslimah
        • Pick me up
    • Edisi 5>
      • Editorial
      • Berita>
        • iFOLIO
        • Graduate Aptitude Programme UKM 2012: Sambutan Kurang Menggalakkan
        • Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Kolej Pendeta Za’ba
        • Karnival Sukan IPT 2012
        • Kelebihan Pengerang sebagai Terminal Gas dan Minyak
        • Kerevelenan Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Pemenang Pingat Emas SUKIPT 2012
        • Kes Ragut
        • Penambahbaikan Pengurusan Kredit KO-K Tahun Satu
        • Penglibatan Pelajar UKM Dalam Kursus Kemahiran Asas Kaunseling
        • ‘Summer School: Social Rights Project’ : Satu Projek Penggalak Perubahan Positif Hak Sosial
      • Rencana>
        • Bahaya Botol Plastik (BPA)
        • Berhabis Wang Untuk Novel
        • Bersantai di Danau
        • Coklat
        • Hari Interaksi Memupuk Hubungan yang Erat Antara Junior dan Senior
        • Keberkesanan Pengajaran Pensyarah: Pengalaman vs. Pengetahuan
        • Kebersihan Tandas Awam: Kesihatan & Etika
        • Ke Mana Hilangnya Semangat Membaca di Kalangan Pelajar UKM
        • Ketahanan Mental dan Fizikal Dalam Menyiapkan Latihan Ilmiah
        • Klik Dengan Bijak
        • Kursus Kahwin
        • Langkah Pencegahan Samun
        • Meneruskan Pengajian Ke Peringat Sarjana Atau Bekerja?
        • Pendidikan Montessori Dan Pengaplikasiannya Kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
        • Sakit kepala, otot dan tengkuk berpunca dari stress belajar?
        • Tempat latihan industri menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu?
      • Iklan>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
        • 6T's Boutique
    • Edisi 6>
      • Editorial
      • Berita>
        • INTERCULTURAL PARTY KIY
        • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
        • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
        • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
        • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
        • PENTER Season 3 2nd Edition
        • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
        • Hati Anda, Hati MENTION
        • Litar pintas atau Khianat?
        • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
        • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
      • Rencana>
        • Pelajar Asing Dan UKM
        • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
        • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
        • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
        • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
        • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
        • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
        • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
        • LELAKI MEMASAK, COOL
        • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
        • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
        • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
        • Persatuan Anak Negeri di UKM
        • Smartphone? Mobilephone?
        • TWITTER SATU FENOMENA
      • Iklan>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
        • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
        • Shaklee

BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
oleh: Misalindah Binti Abraham

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikenali sebagai universiti penyelidikan di Malaysia. UKM menawarkan pelbagai bidang dan kursus untuk diambil atau dipelajari oleh semua pelajarnya. Kemudahan yang disediakan di UKM memudahkan pelajar menjalani proses pengajian. Umumnya, seperti university – university lain UKM juga menetapkan setiap pelajar tahap prasiswazah perlu memenuhi beberapa kredit kursus Pilihan Bebas (PB) selain memenuhi kredit kursus major, fakulti dan program.

Antara kursus Pilihan Bebas yang ditawarkan oleh UKM adalah kursus bahasa asing. Kursus ini mempunyai pelbagai jenis bahasa antaranya bahasa Jepun, Arab, Perancis, Thailand, Korea, Sepanyol dan Cina. Setiap kursus bahasa ini mempunyai tahap-tahap bergantung kepada bahasa itu sendiri. Pelajar yang ingin mengikuti salah satu bahasa perlu mempelajari bahasa tersebut bermula dari tahap pertama tetapi tidak semestinya menghabiskan semua tahap yang ditetapkan. Selain itu, pelajar juga tidak mempunyai sebarang halangan jika ingin mengambil beberapa bahasa tetapi bukan dalam semester yang sama.

Semua kursus bahasa ini dikelolakan di bawah Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik yang berkedudukan di lingkungan kedua UKM. Tenaga pengajar bahasa-bahasa asing ini majoritinya terdiri daripada pensyarah berbangsa Melayu namun terdapat juga pensyarah yang sememangnya bertutur bahasa yang mereka ajar seperti bahasa Jepun yang dikendalikan oleh pensyarah berbangsa Jepun sendiri. Bagi tenaga pengajar berbangsa Melayu pula, mereka ini sememangnya boleh bertutur dengan fasih dan pakar dalam bidang bahasa masing-masing. Hal ini kerana mereka telah mengikuti kursus bahasa tersebut di negara asal bahasa berkenaan.

Pada peringkat awal atau asas satu bagi Bahasa Korea misalnya, peringkat permulaan adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar menyebut dan menulis huruf - huruf dengan tepat dan betul dalam bahasa Korea. Apabila pelajar sudah dapat membaca dan menulis perkataan-perkataan asas, pelajar kemudiaannya akan diajar tentang kemahiran membaca dan menulis ayat pendek. Seterusnya, pelajar akan mempelajari ungkapan-ungkapan dan perkataan-perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan harian melalui buku teks yang disediakan oleh pusat pengajian. Semua perkara ini adalah sama bagi semua bahasa cuma yang membezakan adalah sukatan bahasa itu sendiri.




Ainul Basyeerah Binti Mazlan


Bercerita tentang pengalaman mempelajari bahasa asing, pelajar tahun 3, mengambil kursus Perhubungan Antarabangsa dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Ainul Basyeerah (gambar kecil) berkata, beliau ketika ini sedang mengambil kursus bahasa Perancis dan sudah pun mencapai tahap pertengahan ke-2 (Intermediate II). Beliau memilih bahasa Perancis kerana bahasa ini tidak jauh bezanya dengan bahasa Inggeris. Oleh itu, agak senang untuk dipelajari berbanding bahasa lain yang perlu mempelajari bentuk penulisan atau huruf tertentu. Beliau juga mengambil kursus bahasa disebabkan oleh minat beliau dalam mempelajari bahasa asing selain bahasa Perancis pula adalah salah satu bahasa yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Selain itu, beliau juga berkata, mempelajari bahasa asing ini memberi kelebihan dalam memperkembangkan kemampuan untuk berkomunikasi dalam bahasa lain dan berinteraksi dengan lebih ramai orang terutamanya warga asing. Mempelajari bahasa asing juga memberi impak pada dirinya. Ainul menerangkan bahawa dengan mempelajari bahasa asing ini, kita boleh belajar dan mengetahui budaya bangsa lain selain lebih open-minded terhadap sesuatu budaya. Kini, Ainul sudah mampu untuk memahami perbualan dan boleh bertutur secara sederhana dalam bahasa Perancis.

Selain menyediakan kursus bahasa untuk dipelajari oleh pelajar, pusat pengajian bahasa juga menganjurkan program bahasa asing seperti festival bahasa antarabangsa. Festival ini memuatkan aktiviti-aktiviti menarik yang mampu memberi gambaran kepada kita tentang tradisi dan budaya sesuatu bahasa. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang festival ialah tarian tradisional, lagu, sajak, pameran kaligrafi, permainan tadisional serta pakaian tradisional termasuklah tayangan filem dan drama.

Segala maklumat berkenaan bahasa asing dan program ini boleh dilayari di laman sesawang:

http://www.ukm.my/ppbl/index.html

http://www.ukm.my/ppbl/Gallery%20(students'%20Activities)/Discipline/fltu_gallery.htm
Picture
Picture
Create a free web site with Weebly