• Utama
  • Berita
    • INTERCULTURAL PARTY KIY
    • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
    • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
    • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
    • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
    • PENTER Season 3 2nd Edition
    • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
    • Hati Anda, Hati MENTION
    • Litar pintas atau Khianat?
    • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
    • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
  • Rencana
    • Pelajar Asing Dan UKM
    • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
    • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
    • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
    • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
    • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
    • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
    • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
    • LELAKI MEMASAK, COOL
    • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
    • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
    • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
    • Persatuan Anak Negeri di UKM
    • Smartphone? Mobilephone?
    • TWITTER SATU FENOMENA
  • Iklan
    • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
    • Shaklee
  • Arkib
    • Edisi 4>
      • Editorial
      • Berita>
        • Arus Politik Kampus Kepada Pelajar Baru
        • Bajet 2013: Manfaat atau Bebanan kepada Pelajar?
        • Bangunan Fakulti Undang-undang Moot Baharu
        • Fobia Jarum Bukanlah Alasan Untuk Tidak Menderma Darah
        • INOVASI: Tema Pesta Konvo UKM ke-40
        • Kekurangan Bas Punca Masalah Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar Ukm Tingkatkan Kemahiran
        • Kerja Lapangan dan Dana Yang diperuntukkan
        • Khidmat Bantuan Guaman Percuma di UKM
        • Latihan Ilmiah Tambah Keyakinan Pelajar Untuk Menempuh Dunia Pekerjaan
        • Pelajar Perlu Faham Tujuan Persatuan Diwujudkan
        • Pelajar Perlu Ubah Stereotaip Terhadap Kaunseling
        • Pelajar Sains Aktuari Menang RM500 000 Dalam Program Realiti MyEG
        • Permohonan Eko Niaga
        • UKM Mencatat Sejarah Dengan Menghasilkan 384 Pelajar PhD Pada Konvokesyen ke-40
        • UKM Mencungkil Bakat Pendakwah Muda
      • Rencana>
        • Antara Belajar dan Kerja Sambilan
        • BAKAT
        • Cabaran Pelajar Wanita Sebagai Yang di Pertua (YDP) Kolej
        • Demam Gangnam Style
        • Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)
        • Kepentingan Air Masak
        • Khasiat Ulam-ulaman
        • Khazanah Dunia Melayu
        • Pengurusan Kredit Mata Pelajaran
        • Wira Sukan UKM
      • Iklan>
        • Sihat bersama ALSDII
        • Lili Food & Services
        • Busana Muslimah
        • Pick me up
    • Edisi 5>
      • Editorial
      • Berita>
        • iFOLIO
        • Graduate Aptitude Programme UKM 2012: Sambutan Kurang Menggalakkan
        • Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Kolej Pendeta Za’ba
        • Karnival Sukan IPT 2012
        • Kelebihan Pengerang sebagai Terminal Gas dan Minyak
        • Kerevelenan Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Pemenang Pingat Emas SUKIPT 2012
        • Kes Ragut
        • Penambahbaikan Pengurusan Kredit KO-K Tahun Satu
        • Penglibatan Pelajar UKM Dalam Kursus Kemahiran Asas Kaunseling
        • ‘Summer School: Social Rights Project’ : Satu Projek Penggalak Perubahan Positif Hak Sosial
      • Rencana>
        • Bahaya Botol Plastik (BPA)
        • Berhabis Wang Untuk Novel
        • Bersantai di Danau
        • Coklat
        • Hari Interaksi Memupuk Hubungan yang Erat Antara Junior dan Senior
        • Keberkesanan Pengajaran Pensyarah: Pengalaman vs. Pengetahuan
        • Kebersihan Tandas Awam: Kesihatan & Etika
        • Ke Mana Hilangnya Semangat Membaca di Kalangan Pelajar UKM
        • Ketahanan Mental dan Fizikal Dalam Menyiapkan Latihan Ilmiah
        • Klik Dengan Bijak
        • Kursus Kahwin
        • Langkah Pencegahan Samun
        • Meneruskan Pengajian Ke Peringat Sarjana Atau Bekerja?
        • Pendidikan Montessori Dan Pengaplikasiannya Kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
        • Sakit kepala, otot dan tengkuk berpunca dari stress belajar?
        • Tempat latihan industri menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu?
      • Iklan>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
        • 6T's Boutique
    • Edisi 6>
      • Editorial
      • Berita>
        • INTERCULTURAL PARTY KIY
        • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
        • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
        • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
        • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
        • PENTER Season 3 2nd Edition
        • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
        • Hati Anda, Hati MENTION
        • Litar pintas atau Khianat?
        • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
        • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
      • Rencana>
        • Pelajar Asing Dan UKM
        • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
        • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
        • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
        • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
        • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
        • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
        • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
        • LELAKI MEMASAK, COOL
        • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
        • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
        • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
        • Persatuan Anak Negeri di UKM
        • Smartphone? Mobilephone?
        • TWITTER SATU FENOMENA
      • Iklan>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
        • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
        • Shaklee

Demam Gangnam Style
oleh Loke Kar Wai

K-Pop merupakan satu trend yang amat popular dalam kalangan negara asia. Sejak kebelakangan ini, sebuah lagu korea iaitu “Gangnam Style” oleh PSY telah membawa trend hangat dalam  kalangan negara asia malahan turut popular sehingga ke negara Barat. Sekarang, boleh dikatakan satu dunia turut demam Gangnam Style. Semua orang telah mendengar dan juga mengetahui nyanyian lagu tersebut. 

          Gangnam style ialah sebuah lagu pop Korea 2012 yang didendangkan oleh rapper dari Korea Selatan, PSY. Lagu ini dipuji kerana lawak, irama yang menarik serta tarian kuda PSY yang lain daripada yang lain. Lagu ini diterbitkan pada 15 Julai 2012, ditonton lebih 518 juta kali pada 21 Oktober 2012 dan menjadikan video K-pop yang paling kerap ditonton di laman web YouTube.

          Pada 17 September, lagu ini telah dicalonkan sebagai video terbaik 2012 MTV Muzik Anugerah Eropah yang akan diadakan di Frankfurt, Jerman. Pada 20 September 2012, "Gaya Gangnam" telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai video yang paling "disukai" oleh pengguna dalam sejarah YouTube.

          Ramai yang tertanya-tanya, siapakah sebenarnya penyanyi lagu Gangnam Style ini? Mengapakah dia menjadi popular secara tiba-tiba dan dapat menarik minat masyarakat negara barat tetapi tidak pernah dengar nama dia sebelum ini? Adakah dia ialah penyanyi baru atau  penyanyi yang telah lama menceburi bidang hiburan di Korea? Terlalu banyak soalan tentang sejarah dan latar belakang beliau sehinggalah peminat K-pop turut tidak semestinya mengenali beliau. Jadi, siapakah PSY?

          Park Jae Sang, ataupun dikenali sebagai PSY, lahir pada 31 Disember 1977.  Psy atau Psycho bukanlah penyanyi baru. Kerjayanya bermula apabila album pertama dikeluarkan pada tahun 2001. Karya pertama pemuda bekas pelajar Universiti Boston ini tidak bernasib baik kerana Psy dijatuhkan hukuman denda setelah album pertamanya. ‘PSY From The Psycho World!’, dikatakan mengandungi kandungan yang tidak sesuai kepada golongan bawar umur. Begitu juga dengan nasib album kedua dengan alasan yang sama seperti album pertama. Karya yang terlalu agresif menyebabkan imej PSY tercemar dan tidak ingin diingati oleh pengguna-pengguna. Ini ialah faktor utama yang menyebabkan kerjaya PSY tidak dapat berkembang seperti artis korea lain.

          Apakah istimewa dan maksud lagu “Gangnam Style”? Gangnam merupakan satu daerah yang menyimbolkan kesejahteraan dan kemewahan di Korea. Ramai penduduk yang dapat menikmati kehidupan yang berstatus tinggi apabila negara ini berkembang dengan pesat.  Namun, terdapat juga segelintir penduduk yang masih tidak mampu menjalani kehidupan sebegini. Mereka tidak ingin status sosial dipandang rendah dan juga mengikuti gaya hidup sebegini. Di Korea Selatan, terdapat sebuah cerita lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini diperuntukan untuk wanita yang rela memakan mi segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Lagu ini dicipta untuk menyindirkan kehidupan sebegini di daerah Gangnam.

          Video ini disertai oleh artis-artis korea lain seperti ahli kumpulan 4minute (Hyuna) yang merupakan watak wanita utama, ahli Big Bang(Daesung dan Seungri) sebagai orang tua yang bermain catur di taman, pelawak dan pengacara televisyen(Yoo Jae-Suk dan No Hongchul) dan Hwang Min-woo, serta seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun yang pernah menyertai rancangan televisyen “Korea,s Got Talent”. Gerak geri yang lucu merupakan sebab utama dia dapat menyertai rakaman video ini.

          Gangnam style menjadi satu fenomena di seluruh dunia. Namun,tahap kehangatan lagu ini di negara Malaysia pula sampai ke tahap mana? Ramai yang membuat video klip meniru Gangnam Style bahkan ada juga selebriti turut meniru gaya lagu ini. Malaysia merupakan negara yang paling ramai selebriti yang membuat dan meniru video tersebut walaupun ramai rakyat Malaysia sebenarnya tidak mengetahui maksud dan konsep lagu ini.

          Lagu ini diketahui oleh masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Parimala, pelajar  India FSSK mengatakan bahawa dia kerap mendengar lagu ini dan dia amat suka kerana rentak lagu yang lancak dan hebat walaupun beliau bukan seorang peminat k-pop. Oi Lli, pelajar FSSK di bawah pusat Media dan Komunikasi pula mengatakan bahawa dia kerap mendengar lagu Gangnam Style sebelum ini tetapi sekarang tidak mendengar lagi kerana telah menonton video tersebut terlalu kerap. Walaupun begitu, beliau masih menyukai lagu tersebut kerana tarian yang berlainan daripada yang lain. Nur Siti Aisyah, yang merupakan seorang peminat k-pop amat menyukai lagu ini dan dia sanggup mendengar lagu ini berulang-kali.

          Ramai orang menyukai tarian menunggang kuda yang lawak dalam lagu ini dan tarian ini juga menjadi satu trend yang ditiru oleh orang ramai. Pelbagai persembahan tarian dan juga “flash mob” telah dijalankan. Program Hari Interaksi MENTION yang diadakan oleh Pusat Media dan Komunikasi turut mempunyai persembahan tarian ini oleh pelajar MENTION.

          Lagu ini terutamanya tarian kuda yang lawak ini telah menjadi satu trend yang hangat. Bukan sahaja begitu, lagu ini turut menjadi satu legenda dalam bidang hiburan korea. Siapa dapat sangka dengan tarian yang lawak ini dapat membawa satu trend yang hangat dan mencetuskan “Demam Gangnam Style”?

Picture
Penyanyi lagu “Gangnam Style”, PSY
Picture
Persembahan flash mob pelajar MENTION.
Picture
statistik dalam laman web youtube
sumber:

http://www.isuhangat.net/v1/2012/08/29/maksud-lagu-gangnam-style/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gangnam_Style
http://www.asianpopcorn.com

Create a free web site with Weebly