• Utama
  • Berita
    • INTERCULTURAL PARTY KIY
    • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
    • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
    • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
    • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
    • PENTER Season 3 2nd Edition
    • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
    • Hati Anda, Hati MENTION
    • Litar pintas atau Khianat?
    • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
    • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
  • Rencana
    • Pelajar Asing Dan UKM
    • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
    • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
    • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
    • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
    • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
    • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
    • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
    • LELAKI MEMASAK, COOL
    • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
    • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
    • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
    • Persatuan Anak Negeri di UKM
    • Smartphone? Mobilephone?
    • TWITTER SATU FENOMENA
  • Iklan
    • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
    • Shaklee
  • Arkib
    • Edisi 4>
      • Editorial
      • Berita>
        • Arus Politik Kampus Kepada Pelajar Baru
        • Bajet 2013: Manfaat atau Bebanan kepada Pelajar?
        • Bangunan Fakulti Undang-undang Moot Baharu
        • Fobia Jarum Bukanlah Alasan Untuk Tidak Menderma Darah
        • INOVASI: Tema Pesta Konvo UKM ke-40
        • Kekurangan Bas Punca Masalah Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar Ukm Tingkatkan Kemahiran
        • Kerja Lapangan dan Dana Yang diperuntukkan
        • Khidmat Bantuan Guaman Percuma di UKM
        • Latihan Ilmiah Tambah Keyakinan Pelajar Untuk Menempuh Dunia Pekerjaan
        • Pelajar Perlu Faham Tujuan Persatuan Diwujudkan
        • Pelajar Perlu Ubah Stereotaip Terhadap Kaunseling
        • Pelajar Sains Aktuari Menang RM500 000 Dalam Program Realiti MyEG
        • Permohonan Eko Niaga
        • UKM Mencatat Sejarah Dengan Menghasilkan 384 Pelajar PhD Pada Konvokesyen ke-40
        • UKM Mencungkil Bakat Pendakwah Muda
      • Rencana>
        • Antara Belajar dan Kerja Sambilan
        • BAKAT
        • Cabaran Pelajar Wanita Sebagai Yang di Pertua (YDP) Kolej
        • Demam Gangnam Style
        • Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)
        • Kepentingan Air Masak
        • Khasiat Ulam-ulaman
        • Khazanah Dunia Melayu
        • Pengurusan Kredit Mata Pelajaran
        • Wira Sukan UKM
      • Iklan>
        • Sihat bersama ALSDII
        • Lili Food & Services
        • Busana Muslimah
        • Pick me up
    • Edisi 5>
      • Editorial
      • Berita>
        • iFOLIO
        • Graduate Aptitude Programme UKM 2012: Sambutan Kurang Menggalakkan
        • Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Kolej Pendeta Za’ba
        • Karnival Sukan IPT 2012
        • Kelebihan Pengerang sebagai Terminal Gas dan Minyak
        • Kerevelenan Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Pemenang Pingat Emas SUKIPT 2012
        • Kes Ragut
        • Penambahbaikan Pengurusan Kredit KO-K Tahun Satu
        • Penglibatan Pelajar UKM Dalam Kursus Kemahiran Asas Kaunseling
        • ‘Summer School: Social Rights Project’ : Satu Projek Penggalak Perubahan Positif Hak Sosial
      • Rencana>
        • Bahaya Botol Plastik (BPA)
        • Berhabis Wang Untuk Novel
        • Bersantai di Danau
        • Coklat
        • Hari Interaksi Memupuk Hubungan yang Erat Antara Junior dan Senior
        • Keberkesanan Pengajaran Pensyarah: Pengalaman vs. Pengetahuan
        • Kebersihan Tandas Awam: Kesihatan & Etika
        • Ke Mana Hilangnya Semangat Membaca di Kalangan Pelajar UKM
        • Ketahanan Mental dan Fizikal Dalam Menyiapkan Latihan Ilmiah
        • Klik Dengan Bijak
        • Kursus Kahwin
        • Langkah Pencegahan Samun
        • Meneruskan Pengajian Ke Peringat Sarjana Atau Bekerja?
        • Pendidikan Montessori Dan Pengaplikasiannya Kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
        • Sakit kepala, otot dan tengkuk berpunca dari stress belajar?
        • Tempat latihan industri menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu?
      • Iklan>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
        • 6T's Boutique
    • Edisi 6>
      • Editorial
      • Berita>
        • INTERCULTURAL PARTY KIY
        • Bengkel Latihan Industri Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
        • PELAJAR UKM BERJAYA MEMENANGI DUA ANUGERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
        • Himpunan Wanita Muda Negara 2012
        • PENERIMA ANUGERAH “TELFORD PREMIUM”
        • PENTER Season 3 2nd Edition
        • Pengurusan Surau Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).
        • Hati Anda, Hati MENTION
        • Litar pintas atau Khianat?
        • KEJADIAN TANAH RUNTUH DI UKM.
        • Pelekat kenderaan Warga UKM : Relevan ?
      • Rencana>
        • Pelajar Asing Dan UKM
        • Pengajian Sejarah: Bangkit Semangat Patriotik?
        • “Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin manuskripnya diterbitkan oleh UKM.”
        • Pilihan Pelajar: Makanan Kampus atau Makanan Luar
        • Graduan Bekerja Sendiri VS Graduan Makan Gaji
        • Pahit Manis Perkahwinan Ketika Belajar.
        • PENAMPILAN MAHASISWA IPTA DAN IPTS
        • Persediaan Latihan Industri: Mahasiswa Baru ke Alam Kerjaya
        • LELAKI MEMASAK, COOL
        • FSSK! GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
        • LELAKI PENARI KEBUDAYAAN: ANTARA IMEJ @ MINAT
        • BAHASA ASING: KELEBIHAN, BERIMPAK dan MINAT
        • Persatuan Anak Negeri di UKM
        • Smartphone? Mobilephone?
        • TWITTER SATU FENOMENA
      • Iklan>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
        • PREMIUM BEAUTIFUL, BB PLUS COLLAGEN & BIO ZONE FOOD PURIFIER
        • Shaklee

kursus kahwin
oleh nurain daud


Kursus kahwin merupakan salah satu langkah persediaan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan. Ia wajib diambil oleh orang Melayu beragama Islam kerana kursus kahwin adalah persediaan mental dan fizikal untuk bakal pengantin menghadapi situasi sebenar alam perkahwinan. Apabila memperkatakan tentang kursus kahwin, golongan mahasiswa universiti merupakan golongan yang ramai menghadiri kursus kahwin. Hal ini demikian, kerana kursus kahwin boleh diambil ketika masih belajar lagi di universiti. Pelbagai persoalan akan timbul mengapa mahasiswa yang masih belajar mengambil kursus kahwin, sedangkan mereka seharusnya menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka. Selain itu, mahasiswa yang mengambil kursus kahwin ini bukanlah daripada golongan yang akan berkahwin dalam masa yang terdekat.

            Menurut salah seorang mahasiswa tahun 3 dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) yang mengikuti kursus kahwin ini Wan Nurul Hidayu Wan Jusoh, faktor utama dia mengikuti kursus kahwin ini adalah kerana harga yang ditawarkan kepada pelajar di sini adalah murah berbanding kursus kahwin di luar. Selain itu, tarikh dan masa kursus kahwin ini dijalankan tidak menganggu masanya kerana dijalankan ketika hari minggu. Beliau sendiri mengakui bahawa sepanjang kursus kahwin tersebut dilakukan, beliau tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya kerana baginya perkara yang paling penting adalah mendapatkan sijil kahwin tersebut.  

            Berlainan pula dengan mahasiswa tahun 3 FSSK, Aliyah Fatin Abdul Aziz, yang berpendapat bahawa kursus kahwin yang diambil olehnya dapat membantunya mempersiapkan diri dari segi jasmani dan rohani sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Menurutnya, kursus kahwin yang diambil adalah salah satu program wajib yang perlu diambil untuk bergraduasi ketika belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Perkara-perkara yang diajar ketika kursus tersebut dijalankan masih diingati sehingga sekarang seperti solat sunat yang perlu dilakukan dan doa-doa yang perlu diingati. Baginya, kursus kahwin ini berbaloi walaupun masih lambat lagi untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.

            Mahasiswa tahun 4 Fakulti Pendidikan, Suhaida Ismail pula menyatakan bukan semua perkara yang diajarkan ketika mengambil kursus tersebut dilupakan kerana terdapat sesetengah perkara masih diingati sehingga sekarang. Baginya, mengambil kursus kahwin ketika masih belajar adalah relevan malah dia turut mengakui bahawa faktor bayaran adalah faktor utama dia mengambil kursus kahwin ketika masih belajar namun, dia tidak menyesal dan merasakan perkara tersebut berbaloi kerana menurutnya, jika sudah melangkah ke alam pekerjaan mungkin masa untuk mengikuti kursus kahwin nanti adalah susah kerana sibuk dengan kerja. Tambahnya lagi, pengangkutan yang disediakan memudahkannya untuk pergi ke tempat kursus kahwin tersebut dijalankan.

            Apabila mendengar pandangan yang diutarakan oleh beberapa orang mahasiswa mengenai kursus kahwin ini, pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Puan Firuz Akhtar mengatakan bahawa faktor bayaran tidak dapat lari daripada fikiran semua mahasiswa ketika mengambil kursus kahwin. Walaupun mereka masih belum bersedia untuk berkahwin, tetapi mereka tetap ingin mengikuti kursus tersebut demi mendapatkan sijil serta murah. Kerelevanan samada sesuai atau tidak untuk mengambil kursus ini ketika masih belajar adalah bergantung kepada diri mahasiswa itu sendiri. Namun, alam perkahwinan bukanlah suatu alam yang senang untuk diuruskan kerana memerlukan kesabaran dan ilmu yang tinggi dalam menguruskannya. Justeru, para mahasiswa seharusnya mendalami perkara yang diajar ketika kursus tersebut dan sentiasa mempraktikkan perkara yang wajib supaya tidak dilupakan kerana alam perkahwinan amat berat tanggungjawabnya.

Create a free web site with Weebly